Saturday, April 4, 2009

Tokyo Universiti

Berkesempatan aku melawat Tokyo Uni.
15 minit jalan kaki dari Hotel R&B (Ueno-Okachimachi).
Universiti tertua (ditubuhkan pd thn 1877, Imperial Uni.) dan paling berprestige di Jepun. Antara top 20 Uni. dunia dan pertama di Asia.

Gambar atas ialah pintu masuk utama ke Uni. ini yg diberi nama "Akamon" iaitu pintu merah.
Sekali tengok macam pintu masuk jinja ajer.

Berlatarbelakangkan Yasuda Auditorium yg merupakan tempat bersejarah


Bagi orang Jepun....bangunan ini memang terkenal dengan kejadian rampasan bangunan dan rusuhan pelajar selama 2 hari pada tahun Januari, 1969. Berlaku pertempuran antara pelajar dan polis menggunakan batu dan bom petrol.

Kalau korang nak tau bawah kawasan lapang dan bangunan ni ialah kafeteria Uni. ni.



Pintu masuk yg masih mengekalkan daun pintu ukiran traditional.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...