Sunday, May 30, 2010

Miso Shiru (味噌汁)

Selepas beberapa siri memasak bersama Keiko san (udon, takoyaki, dan sushi), kali ini Keiko san meluangkan masa utk kelas memasak seterusnya iaitu.......mari membuat Miso Sup.
ebenarnye Miso sup tu kami memang selalu makan.....beli perencah siap bancuh je.....
Tapi takkan nak makan yg siap bancuh tu.......orang kate tak baik utk kesihatan......
Jadi atas permintaan Cik Yah ......maka Si Keiko san pun dgn baik hati cuba menunjukkan "skill" membuat sup ni. Kali ini....tetamu undangan dalam kelas memasak ni.......warga Fukuoka yg baru sampai iaitu..... Pn Linda (cik abang tak dapat dtg....sibok latihan badminton). Biasanye pengkritik tetap kita, tak lain tak bukan.....Pn Nora kita. (maaf le tak jemput kali ni........).

Keiko san tgh masak menu....ebi mayo (udang goreng mayonis).

Sementara tunggu makanan nak siap....budak2 macam biase le......
main2 sambil tunjuk bakat mewarna.


Eh....cantik le rambut kau......teknik "rebonding" ke.....
kenape tak perang rambut tu........

Jeng, jeng, jeng.......dah siap pun miso sup & ebi mayo kita.........
moh le jgn malu2 nak makan......kate Keiko san......

Budak2 jgn cerita le......sedap tak terkira........
mak budak pun tak ketinggalan.....

Oishii ne!




Keiko san & Linda san.
Pengkritik jemputan kali ni.

Sesi kedua......mari makan kek & puding.

TQ Keiko san........lain kali boleh le turun ilmu buat masakan jepun lain......
Oishiikata desu!

Wednesday, May 19, 2010

Family Day Malaysia-Fukuoka 2010

Selepas kejayaan hari keluarga tahun lepas, maka pd tahun ini pula warga Malaysia-Fukuoka mengadakan hari keluarga yg kedua pada tarikh yg sama iaitu 16 Mei 2010. Macam sambut hari jadi le pulak..... Agak2 diorang perasan tak......heheh

Dengan bertambahnya warga Malaysia disini membuatkan hari keluarga ini bertambah meriah sekali. Lebih2 lagi dgn berpakaian serba biru "Ala2 Boria Penang dan tiada kena mengena dgn parti politik"

Acara yg bermula pd pukul 10 pg dan tamat pd pukul 6 ptg, diisi pula dgn acara sukaneka bersama anak2 dan keluarga masing2.


Makan dulu......sebelum acara bermula.


Banyak juga makanan2 yg ada........



Berehat menunggu acara seterusnye......

Mari bermain pasir.....

Acara pertama......masukkan air dalam botol menggunakan span......

Acara kedua......bawa bola menggunakan sudu....


Acara utk kaum remaja........bola sepak pantai.......
Tgk ...macam nak menari pun ada.....


Pak Sheikh menunjukkan kehebatannya mengambil sepakan penalti.......

Dah penat main...lepak jap ....sambil termenung.....

Masa utk "posing".......

Tahun depan jumpa lagi........

おもしろかたです。

Monday, May 3, 2010

Spring Outing @ Island City

"Spring Outing" hoikuen tahun ini telah diadakan pd hari sabtu 24 Apr 2010 di Island City. Semua budak2 hoikuen termasuklah anak dara kami (Iwani & Syaza) terlibat dlm aktiviti bersama ibubapa masing2. Acara sebegini lebih kpd merapatkan hubungan anak2, ibubapa dan sensei.

Berkumpul menunggu budak2 lain yg belum sampai.

Mendengar arahan sebelum aktiviti bermula.

Sesi bergambar beramai2 sebelum memulakan acara.


Aktiviti bersama budak2 lain....




Ni pulak acara bersama ibubapa....

Ema chan & Iwani chan.

Acara diakhiri dengan piknik dibawah sinaran matahari......
Kalau kat Malaysia ...orang kata gila ke apa......


Aktiviti sebelum bergerak pulang....




Sunday, May 2, 2010

Mari mencari kepah......

Tahun ni kami berkesempatan turun ke pantai shirohama utk mencari siput kepah sungguhpun suhu agak2 18 darjah. Orang yg datang tu......agak2 banyak le jugak.....dah nak macam pesta pun ada. Kalau setakat kutip kepah kat Malaysia tu memang dah biasa dah....tu pun masa kecik2 sebelum merantau belajar jauh2. Dgn suhu yg agak2 sejuk jugak tu......memang le tak tahan berendam kaki lama2......

Habih semua barang2 mainan diorang punggah bawak......
Korek jgn tak korek...mana tau kot2 jumpa emas ke.
Tu nak cari siput ke nak buat istana pasir tu......

Kagum jugak aku tgk negara Jepun ni......sungai2 dia bersih.
Nak tgk sungai bersih ke tak...tgk kat kuala sungai le......Yg lebih kagum lagi tu ... sungai ni berada di kawasan bandar......kalau banding ngan Malaysia .....bukan setakat siput.....ikan pun tak hidup.
Kalau tgk cerobong asap kat belakang sana tu......
Tu le namanye "Incinerator" tempat rawatan sampah sarap. Boleh ada kat bandar dan tepi sungai lagi tu.....kalau kat Malaysia.....kalau boleh nak letak kat ulu banat Broga mana entah....
Mai nak tunjuk cara2 nak cari siput......
Nak senang guna tangan je la....
Ni la hasil tuaian yg tak sampai sejam ni......
Naik kebas kaki2 duk berendam dlm laut.....
Tak tau le orang Jepun boleh tahan berendam lame2......
minum teh hijau tanpa gula kot.

Dapat le habuan makan malam menu masak lemak cili padi dgn terung......pehhhh.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...