Saturday, December 19, 2009

Sea Games 2009: Kemarau telah berakhir

Selepas kemarau 20 tahun emas akhirnya Malaysia berjaya mendapatnya di Sukan Sea 2009 di Laos. Anak buah K. Rajagopal berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir.
Boleh bangga jugak le budak2 U23 Malaysia ni main. Tapi apapun syabas buat anak buah K. Rajagopal diatas kemenangan itu. Mungkin permulaan baru buat skuad bolasepak Malaysia menjadi gergasi di rantau ini.

Bila le pasukan bola wanita Malaysia nak menang emas pulak?
Mungkin ini salah seorang pelapis suatu hari nanti......

atau yg ini ?


Thursday, December 10, 2009

Tanjyoukai 2009 @ Shirohama Hoikuen

Acara tanjyoukai 2009 diadakan pd 8 dis. yg lps.. Iwani dan 3 kwn yg lain yg lahir dlm bulan 12 dari kelas Yuri diraikan dlm majlis yg memang ditunggu-tunggu sebnrnye. Sejarah bangun pagi paling awal pun berjaya dibuat oleh Iwani pada hari tu. Kalau tidak...paham2 ajelah..

Masing2 memperkenalkan diri masing2. Yg paling tak tahan bila dengar Iwani kata, bila dia besar nanti dia nak jadi Pretty Pine (watak dlm cerita kartun Fresh Pretty Cure)...

Watashi wa Yuri Gumi no Iwani desu..Tanjyobi wa bla..bla..bla

Masing2 melihat kad harijadi yg diserahkan oleh teman baik masing2.
Kad utk Iwani diserahkan oleh ehem! ehem! dia..

Dah selesai majlis sambutan hari jadi, kenalah dengar sensei bercerita lak.

Main 'time'....

Mcm2 gelagat budak2 nih. Seronok bila dpt peluang bersama anak2 di Hoikuen.
Berbaloi gak ibu ponteng kelas hari tu..Happy Birthday Iwani!


Tuesday, December 8, 2009

Koyo 2009 @ Higashi Park

Tak puas di Asakura, kami membuat lawatan semula di Higashi Park. Sebenarnye kami dah pernah berposing sakan di sini pada thn lps dan nampaknye kali ini 'lebih' sakan lagi...

Awal2 lagi dah 'sakan' mendukung anak yg nyenyak 'sakan' tido...

Dan aku seperti biasa 'sakan' posing sorang2..Model2 yg lain 'sakan' dgn projek masing2.

Memang sejuk betul hari tu. Kami pun tersengeh 'sakan' menahan kesejukan.

Ni la projek diorang......tangkap ikan.

Sakan termenung nampak......



Koyo (Daun Maple) di penghujung Musim Luruh.


Iwani: 5 Tahun

4 Dis 2009 yg lepas, genaplah usia Iwani 5 thn.
Ini kali ke-2 Iwani menyambut hari lahirnya kat Jepun nih.
Seperti biasa, kek ditempah khas dr Ibu bakery. Iwani ni memang penyayang orgnye...sbb tulah kek kali ni ade 'love' besar.

Gaya org yg tak sabar2 nak makan kek.

Gaya yg berbeza tp niat serupa.
Ibu dan ayah doakan semoga Iwani menjadi anak yg soleh dan berjaya dlm hidup...
Amin.

Monday, December 7, 2009

Happyoukai 2009 @ Shirohama Hoikuen

Happyoukai tahun ini diadakan pd 5 Dis 2009 (sabtu). Dua anak kami terlibat (Iwani & Syaza) dalam persembahan lakonan dan nyanyian. Berbanding pd tahun lepas, semua anak kami terlibat (Alya). Kalau banding dgn tahun lepas banyak perubahan pd budak-budak ni.

Kalau tahun lepas Syaza banyak malu2 (tertidur semasa persembahan).
Tahun ini dah pandai menyanyi2 dah.

Tapi muka macam nak nangis je....
Tak biasa kot duduk kat depan orang ramai.

Persembahan kelas Iwani lagi meriah....
Iwani jadi watak burung.....dan banyak le jugak sensei bagi dia dialog.
Kalau tgk tahun lepas dia dapat watak anjing..... dialog dia...."wang""wang".
Bunyi anjing le tu.

Punye la banyak dialog nak ingat....sampai lupa.

Akhir persembahan......tu je yg aku tau........
isi cerita dia .......
mmm...faham2 sendiri le.....

Persembahan kedua dari kelas Iwani.....
Menggunakan alat muzik pianika.

Iwani (belakang) & Ema (depan)

Bersungguh2 nampaknya si Iwani.

Persembahan: TAMAT

Sunday, November 29, 2009

Aidiladha 2009 @ Fukuoka

Sempena Aidiladha tahun ini yg jatuhnya pada 27 Nov 2009, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat islam di tanah air (ibu bapa & saudara)serta warga muslim di Fukuoka ini. Tahun ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga merayakannya di bumi Jepun ini.
Gambar atas:
Bergambar kenangan selepas selesai solat sunat Aidiladha, berlatar-belakang Masjid Fukuoka.
Keesokan harinya kami telah buat sambutan aidiladha di rumah saudara Azizi (Imajuku Kaikan). Sambutan kali ni lebih meriah dari tahun lepas disebabkan kehadiran warga baru Fukuoka (Keluarga Azli, Rohana dan Azizi)










Tuesday, November 24, 2009

Autumn 2009 @ Asakura, Fukuoka

Isnin lepas (Cuti Hari Buruh) kami bersama keluarga Nora-san dan Keiko-san ke tempat menarik utk menikmati keindahan daun merah (koyo) sempena musim luruh kali ini. Akizuki, Asakura menjadi pilihan kami, memandangkan si Keiko-san dah berjanji nak bawak kami ke sana.......jadi kami ikut saja la.....
Ini merupakan musim luruh kedua kami di bumi sakura ini. Pd musim luruh tahun lepas beberapa tempat menarik telah kami lawat spt Ohori Koen, Higashi Koen, dan Higashi Hirao Park. Tapi pd kali ni nak pi pulak kat tempat jauh sikit.

Lebih kurang 70% - 80% koyo ni merah.....Kalau tunggu minggu depan mungkin meriah skit.
Kalau nak info lebih lanjut boleh le lawat kat sini.



Kiri: Alya, Ema, Iwani dan Syaza.


Hai....budak2 ni kalau dah jumpa kawan....mak bapak ....kena tinggal belakang.....
sampai nak amik gambar pun susah.












Lepak2 makan tgh hari.....


Banyak jugak pokok2 sakura kat sini......berderet sepanjang jalan......
Ini kalau musim bunga ......meriah nampaknya kat sini.
Takpa...tunggu kami di musim bunga akan datang.
Tugu amendenye ni......mungkin pahlawan ninja atau samurai kot.

Antara gambar2 pemandangan kat kawasan ni.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...