Tuesday, January 12, 2010

Seijinshiki 2010

Thn ni adalah thn ke-2, kami menyaksikan anak2 bujang di fukuoka ni diberi lesen 'dewasa.' Dah 20thn dah umur diorg ni rupanye..Acara thnan ni diadakan pada 11 Jan. setiap thn. Satu Jepun cuti hari ni. Kalau nak tau apa dia seijinshiki ni blh le jengok 'entry' thn lps.

Masing2 khusyuk mendengar ucapan yg tak berapa nak paham.....

Org2 kuat majlis ni.....

Yg bestnye bila dpt mkn...bkn senang nak mkn makanan jepun yg halal nih....


Dan bertambah best bila Cik Yah kita cuba mengasah bahasa jepun dia yg ketegori J4 tu....

Cukup best bila dpt hirup sup guna mangkuk..
Kalau kat msia ni ada lak yg kena kata pelahapnye...

Tak dapat pakai baju samurai.....duduk atas pentas pun jadi ler....
Posing 18SX .....


Muka faham ke,....muka blur....


Kureng best sbb aku x pandai menari ...
tp best sbb semua 'sporting'.

Tp. kan lagi best kalau aku yg diraikan...
Bilalah nak umur 20 nih...

Majlis ni memang meriah, hampir semua warga Malaysia kat sini hadir.
Thn depan kalau ada jemputan kami sekeluarga mesti datang.
Kalau dapat pakai baju samurai ni ...best jugak.

Friday, January 1, 2010

Omochi 2009

Pd tahun lepas 30 Dis 2009, kami sekeluarga berkunjung ke rumah mak mertua Keiko san kat Lizuka. Setelah Keiko san mempelawa kami ke sana utk merasai pengalaman membuat "omochi". Sebenarnya "omochi" ini merupakan sejenis makanan traditional orang Jepun dan aktiviti ini masih lagi dibuat hingga sekarang terutamanya sekitar bulan Disember.

Pd awalnya..... beras pulut dikukus.......

Kemudian ditumbuk sehingga lembut.

Macam anak dara pulak si Keiko san ni tumbuk.

Lepas tu kami la pulak nak tunjuk bakat menumbuk....

Bersungguh2 nampaknya aku menumbuk...

Giliran Cik Yah kita pulak tunjuk bakat.

Ni pulak sesi pasangan bercinta pulak menumbuk...

Ni la mak mertua Keiko san....

Omochi yg dah siap .....tunggu nak melahap je.

Sedap... 3x....macam tak penah makan pulak omochi ni....
Padahal boleh dikatakan selalu jugak kami beli benda ni.

Lazat hingga menjilat kaki nampak.....

Lumba siapa makan cepat.....
"Line clear" ni.......ngap 3x.....
Selasai buat omochi, kami pun berehat sementara duk tunggu utk makan tgh hari.
Nasi minyak & spageti goreng import khas dari Malaysia.


Ini bapak Hasami san (pak mertua Keiko san), seorang petani moden, tanah 7 hektar diusahakan bersama abangnya. Kagum aku tengok bapak dia ni.......siap ada kilang proses padi, mesin bajak, mesin tanam, mesin menuai padi dll semuanya ada. Dia jual 5 kilo beras = 3500 yen (beras gred tinggi baja organik). Merasa jugak le...kami beras sekampit.

Bergambar kat depan pintu utama.
Rasanya inilah rumah Jepun yg paling besar penah aku masuk....
Ada 6 bilik siap sekali dgn ruang "Japanese Room".
Bilik air dah macam hotel, siap bleh tgk tv sambil berendam.
Harap2 kami dapat datang lagi pd musim menuai akan datang.....mana tau dapat "test drive" mesin tuai pulak.

Trip to Tenzan 2009

Konvoi kali pertama ke Tenzan bersama 3 keluarga lain (Sheikh, Leh dan Azli sekeluarga) memenuhi aktiviti musim sejuk kali ini. Tenzan yg merupakan kawasan aktiviti bermain ski adalah antara tempat yg terkenal di sebelah pulau Kyushu Jepun ini. Ia dibuka antara bulan November hingga Mac.
Macam tau-tau kami nak pi main salji, salji turun bukan main lagi kat umah kami ni.
Ni kawasan "pit stop" kami yg pertama, tempat sebelum nak masuk terowong Mitsuse.
Pd awalnya salji banyak turun sampai kereta nak naik pun sangkut, jadi kami pun singgah jap main2 kat sini sambil bincang2 nak teruskan ke tidak.

Kalau tak jadi pergi sbb cuaca buruk.....main kat sini pun jadi ler.


Aku tak tahan main lama2, 10 minit pun dah kebas kaki........
macam mane le anak2 aku boleh tahan main lama2.

Si Syaza ni siap nak panjat bukit lagi ni.



Ni sorang lagi....kalau biarkan.....pokok pun nak panjat.

Semua setuju nak teruskan perjalanan....."pit stop" kedua.... singgah sat R & R Mitsuse.
Buang apa2 yg patut.

Kalau berguling ni mau jadi cerita hindustan.

Akhirnya kami sampai jua.

Nampak kat atas tu.....tapi bukan kami main kat situ......
Orang amatur main kat tepi jer, pro tahap gaban jer main kat sana.


Ni jer la yg layak kami main.......yoiii dongggg.


Budak2 pun tak teruja macam aku ni.



Kalau "excident" ni mau bergolek sampai bawah ni.

Jom Syaza.....mo ikkai.

Segan plak nak tunjuk skil.....


Tapi skil "posing" je yg aku terer.


Berjaya jugak trip kali ini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...