Monday, January 26, 2009

Yuki @ Ishigama Hill

Destinasi bermain salji iaitu di kawasan barat Fukuoka (Nishi-ku), kalau kat kawasan Higashi-ku ada turun salji sikit, kat sini lagi la banyak. Kat atas bukit ni ada satu resort yg ada taman. Jadi kami pun apa lagi cuba terjah la.....mana tau kot "best" ka.
Kalau "best" boleh mai lagi.
Apa lagi ... projek buat "snowman" pun bermula.


Besarnya adik buat bola tu....



kalau tunggu lagi sejam ni banyak salji kat pokok-pokok,
lagi cantik......

tapi tak tahan sejuk la.......



Senyum nampak Syaza .....tak sejuk ker.











Saturday, January 24, 2009

Yuki @ Shirohama Danchi

Masa yg ditunggu-tunggu sudah pun tiba.
Pada 24/1/2009 salji turun dengan banyak sekali sekitar Fukuoka. Sebelum ni salji turun pun macam main-main ja. Kali ni, dia turun sampai boleh buat “snowman” la. Menurut kata rakan-rakan dari Indonesia yg dah menetap lama disini, salji macam boleh tengok masa 5 tahun lepas. Apa lagi orang jepun dan “foreigner” kat sini pun amat teruja la nak main salji.

Ni antara pemandangan sekitar Shirohama Danchi dekat taman depan Friends Shop.

Mananya "snowman" adik....

Alya: Ni dia dah nak siap dah.....

Gambar masa pukul 5.30 . Dah nak gelap....

Yg best main salji ni masa sebelum cair.
Masa tu salji macam span, kita perah dia, tak keluar air pun.
Waktu ni kalau ABC atau ais kacang memang best ni.


Di taman permainan depan rumah danchi kami.
Ni pertama kali dalam hidup aku main salji.
Tapi....tak dapat main lama, sebab sejuk.....tak tahan.



Gambar pemandangan pokok-pokok sakura yg tinggal ranting ja.

Tu belakang sana blok kami nombor 58.




Harap-harap ada salji turun lagi....

Monday, January 19, 2009

Fukuoka Auto Salon 2009

Fukuoka Auto Salon 2009 merupakan pameran kereta modifikasi terbesar di bahagian barat Jepun dengan hampir 200 kereta dipamerkan serta melibatkan 130 syarikat, termasuklah aksesori dan tuning kereta. Tahun ni pameran diadakan di Stadium Yahoo Dome.


Kereta Honda Odyssey Absolute ni antara kereta idaman aku la.
Ada rezeki boleh tangkap satu ni.

Pintu macam ni sesuai pakai kat tempat sempit.













Cukup puas hati.....
Kalau ada rezeki boleh "apply" apa yg ditengok kat sini.

Stadium Yahoo Dome tuan rumah bagi
Pasukan Bestball Fukuoka Softbank Hawks.

Sempat bergambar kat Hard Rock Cafe Fukuoka.
Depan Yahoo Dome ja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...