Tuesday, April 28, 2009

Kenduri Doa Selamat Rumpun Fukuoka

Pada 25 April 2009 lepas kami sekeluarga dijemput oleh Sohiful (berbaju melayu hijau)sekeluarga utk memeriahkan majlis bacaan Yasin dan kenduri doa selamat (selepas solat maghrib) yg diadakan di dewan Ryugakusei Kaikan, Imajuku. Majlis ini adalah utk mendoakan Aisyah (isteri sohiful) yg bakal melahirkan cahaya mata keempat nanti. Semoga mendapat "baby" yg sihat dan comel hendakNya.

Inilah peluangnya bagi kami dan rumpun Fukuoka berkumpul dan bertanya khabar. Bukan senang nak jumpa macam ni. Disamping tak nak melepaskan peluang merasa masakan Aishah, yg sememangnya sedap.......

Kami dijamu dengan Ayam goreng berempah, Kurma telur, Kari daging berebung, Gulai kambing dan Acar.


Dah selesai santap makanan berat, jgn lupa lak makan pembasuh mulut......
buah strawberry, epal, kuih bakar ngan kuih bingka pun ada.
Semua orang pakat duk baca yasin sampai tak ade gambar masa tu......
Gambar masa makan je banyak......



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...