Sunday, May 31, 2009

Badminton Persahabatan: Malaysia vs Indonesia

Perlawanan persahabatan badminton diantara rumpun Malaysia dan Indonesia ini diadakan buat julung kalinya pada 30 Mei 2009. Acara yg bertempat di "Higashi Ward Civic Gymnasium" ini bermula pada pukul 1.30 tgh dihangatkan lagi dengan tibanya pemain2 yg begitu berkobar2. 7 regu dipertaruhkan dengan kiraan sehingga 15 mata (kiraan lama) membuatkan kami semua pancit (Sbb biasa main kiraan mata baru).

Regu pertama: Aku bergandingan dgn Fahmi, kali pertama digandingkan......belum ada keserasian....akhirnya kecundang.....




Malaysia yg kekurangan pemain (7 orang jer ade), hanya boleh buat 4 regu jer....
Nak cover 3 regu lagi kami terpaksa le main 2 kali.
Kali ni aku bergandingan dgn Sohiful......menang bergaya......
Keseluruhan perlawanan pasukan kami tewas 5-2.

Bergambar kenangan dari rakan2 Indonesia yg begitu bersedia dan bersemangan dgn jersi dan sepanduk.

Bergambar kenangan dari wakil Malaysia.....
Walaupun tewas tapi yg penting semangat kesukanan dan silaturahim diantara kedua2 negara berjaya dipupuk.


Kenangan:
Ikatan persahabatan Malaysia-Indonesia di Fukuoka, Jepun.


Thursday, May 28, 2009

Lesen Memandu Jepun

Pada 28/5/2009 (Khamis) lepas, aku sungguh gumbira kerana telah memperolehi lesen memandu Jepun dengan jayanya, ini adalah hasil percubaan aku kali ketiga. Percubaan kali pertama, kantoi. Buang buruk katakan, Gelabah pun ada, tak ingat jalan pun ada.

Percubaan kali kedua, pun kantoi jugak, ingatkan dah terer tapi lagi hampeh....aku kantoi kat simpang tomare (berhenti), berhenti tak cukup harkat. Terus jer aku dengar perkataan "dame" dari instruktor. Akhirnya percubaan kali ketiga, aku berjaya menawan litar "Fukuoka Jidousya Menkyo Shikenjou ".

Utk pengetahuan semua kos yg aku dah hangus lebih kurang 14210 yen, kalau tukar duit Malaysia tu, korang kira le sendiri. Lepas ni aku dah tak risau lagi memandu dan menjelajah dalam siri penjelajahan seterusnya di bumi sakura nanti.

..........Penjelajahan bakal bermula.........

Sunday, May 17, 2009

Family Day Rumpun Fukuoka 2009

Family Day Rumpun Fukuoka 2009 yg dirancang pada 2 minggu lalu telah menjadi kenyataan. Pada hari sabtu lepas (16/5/2009), bertempat di Keya (kawasan pantai yg popular utk menyaksikan matahati terbenam), seramai 47 orang (30 dewasa dan 17 kanak2) memeriahkan suasana. Aktiviti bermula pada 10 pg dan tamat pd pukul 7 malam menjadi kenangan indah buat Rumpun Fukuoka walaupun cuaca agak mendung. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan menjatuhkan tin utk kanak2 serta perlawanan bola tampar pantai utk dewasa dan juga aktiviti sampingan lain.

Macam2 ada makanan.....sedap2 pulak tu.

Ni kalau mak mertua lalu......tak perasan ni.

Acara dimulakan dengan pertandingan bola tampar pantai.....
Perlawanan diantara pasukan Senior dgn Junior (Budak undergrad).
Nah amik ni.....

Pasukan underdog (senior) menang bergaya, 3-0.
Mungkin pasukan Junior saja2 kot kasi kami menang.
Ye la.... takut lawan tokey.
Acara utk kanak2....menjatuhkan tin.....

Lontaran pertama dari Iwani........tersasar....tapi mampu lagi tersengih.
Buang buruk orang kata......badan tak panas lagi tu.
No 3 pun dah kira ok tu.
Ibu pun tak ketinggalan menyertai acara Bola Beracun.. Seronok nampaknye maklumle dah lama tak buat perangai macam budak2.
Ok jaga2.......aiseyyyy......baling macam main boling la pulak....
Acara seterusnya ialah Mari Bermain Pasir.
Acara bebas kanak2 dan dewasa.....
ikut suka nak main apa pun tak pe.


Ni pulak acara berjalan cara bangau dalam air.


Jurugambar di dalam gambar....


Mmmmm.....sedap jugak pasir kat sini....

Agak2 ape yg Syaza bayangkan masa main pasir ni?


Acara tak rasmi dari Sensei Abg Nuri....
Cara2 asas memegang kamera.....
Itu baru cara nak pegang, dah berkerut dahi......
Kalau sebut jer "Shutter Speed, Aperture, ISO, WB" mau pitam kot.
Diskus sikit apa2 yg patut. Maklum ler amatur lagi.


Acara penyampaian hadiah.....
Pemenang (Pasukan Senior) utk acara bola tampar pantai. Diwakili oleh Abg Nuri.

Saguhati.......

Pemenang ketiga.

Bergambar kenangan Rumpun Fukuoka....


Senja nan merah.....memanggil kami pulang.
7.30 malam , lepas ja solat maghrib kami pun gerak.

Monday, May 11, 2009

Children Islamic Camp 2009 @ Fukuoka Masjid

Seramai 45 orang kanak2 muslim dari pelbagai negara yg berumur dari 4 hingga 11 tahun terlibat dalam program ini yg bermula dari pukul 10 pg dan tamat pd pukul 5 ptg. Program yg pertama kali dibuat di Masjid ini mendapat sambutan yg agak menggalakkan dari kanak2 dan ibu bapa. Antara pengisian program ini ialah mengenal cara2 solat, cara mengambil wuduk, acara mewarna di dalam kumpulan yg ditetapkan.

Comelnye muslimah2 kita ni. Dah tak sabar nampaknye...

Senyum2 ni dah ada bakat jadi ustazah ni.

Ni yg ustazah marah ni.....
Kata mula pukul 10 pg.....ni dah nak pukul 11 dah ni......

Kumpulan berumur 4 tahun dipimpin oleh senseinya iaitu Pak Sheikh kita.

Aktiviti bermain dalam kumpulan....
Iwani kata sensei ni tak pandai cakap Jepun.....asyik cakap english je......



Budak2 tekun mendengan taklimat dari sensei....
paham ker...

Selepas je solat zohor....kanak2 pun di jamu dengan semangkuk nasi berlaukkan kebab.
Special dari Nabi san. Mmmmm.......おいしいね。


Aktiviti seterusnya iaitu acara mewarna.....

Acara terakhir iaitu penyampaian hadiah.
Kanak2 yg terlibat diraikan dgn pemberian hadiah.

Haik...arigatou.....

Tima kaceh.....

Bergambar kenangan...sensei bersama anak murid.
Walaupun kali pertama acara sebegini dibuat. Pd pendapat aku......
ia telah berjaya memenuhi objektifnya. Meter objektif tu boleh tengok kat muka anak2 aku yg begitu seronok apabila balik rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...