Sunday, March 29, 2009

Sakura@Shirohama Danchi & Kashiihama

Negara Jepun ni memang terkenal dgn bunga sakuranya, sehingga dikenali sebagai bumi sakura. Setiap tahun pada hujung Mac dan awal April (dalam 2 minggu) pokok2 sakura akan mengeluarkan bunga dan pada kemuncaknya bunga sakura akan kembang mekar di seluruh taman2 di Jepun ini.



Kesempatan ambil gambar semasa budak2 ni nak balik sekolah.




Ni pulak deretan pokok sakura di sepanjang laluan pejalan kaki berdekatan Kashiihama.
Yg menjadikannya cantik apabila pokok2 sakura membentuk satu kanopi.

Lampu jalan berbingkaikan bunga sakura.


Kanopi yg terbntuk dari pokok2 sakura.....menghasilkan suasana nyaman.
Tapi biasanya orang2 Jepun pada waktu ni diorang lebih suka menghabiskan masa sekeluarga berpiknik di taman2 sambil melihat keindahan bunga sakura ni. Istilah bahasa Jepun disebut "Hanami" Hana=bunga, mi=tengok,lihat.

Aku piknik kat sini pun cukup ler....memandangkan cuaca pun masih sejuk lagi....kalau duduk kat luar pun tak leh lama. Macam mana nak piknik lama2 kat taman.

Menghayati keindahan bunga ciptaan Tuhan.

Tu bertempek kat dahi tu...macam mana nak menghayati keindahan sepenuhnya....

Kalau sempat (ada bunga sakura).....lepas balik dari Tokyo nanti boleh le malaran lagi.....tu pun kalau cuaca baik.......



Thursday, March 26, 2009

Nagasaki @ Volcano Eruption Park

Tempat lawatan terakhir sebelum bergerak pulang. Masa sampai kat sini jam menunjukkan pukul 6.00 ptg. Hari pun dan nak gelap dah..... Model2 yg lain semuanya dan tumbang keletihan dalam kereta......Yg tinggal model yg ni saja...tu pun sibok nak masuk dalam kereta.

Kawasan ini merupakan kawasan bencana ledakan gunung berapi Unzen (belakang tu) yg memuntahkan gas panas beserta batu2 hingga sampai ke sini dan ke pantai.
Letusan gunung berapi ini berlaku pada tahun 1991 yg mengorbankan 43 orang termasuk beberapa saintis.

Ini la kesan letusan gunung berapi yg meranapkan dan menenggelamkan rumah2.



Di belakang tu batu2 dari gunung berapi yg bergolek sampai kesini.


Sempat lagi bergambar kat pokok sakura.
Jam ditangan menunjukkan 6.35 ptg.....maghrib pun dah masuk.
Selesai solat....cek apa2 yg patut, kami pun mula gerak pulang.
Sampai ke danchi lebih kurang pukul 10.45 malam.
Sayounara....Nagasaki....ja mata.


Unzen @ Nagasaki: Hari Kedua

Selepas santapan tgh hari ditepi jalan.....kami pun meneruskan perjalanan ke Unzen iaitu kawasan tanah tinggi yg begitu popular dgn air panas (hot spring). Ia terhasil disebabkan pemanasan geoterma air bawah tanah oleh kerak bumi. Biasanya air panas ni wujud di tempat2 yg ada aktiviti gunung berapi.

Tersenyum nampak Cik Yah kita ni.....
Bau asap macam telur tembelang pun mampu senyum lagi tu.

Kalau buat pengambaran cerita seram atau cerita perang sesuai ni...
berasap aje...


Syaza tengah musykil bau apelah yg busuk sgt nih.

Dah le berasap... kalau ade kubur jepun ni mau meremang tengkok...
Mana Ibu ni...


Posing sambil menahan nafas...


Kawasan ni berdekatan sgt dgn kawasan perumahan ngan kedai2...
Camnelah depa boleh hidup ngan bau yg kurang menyenangkan cam tu...
Hati2 Alya... Abunai yo!

Setelah selesai aktiviti bergambar kat hot spring ni.....kami pun bergegas ke Valcano Eruption Park.


Wednesday, March 25, 2009

Nagasaki @ Taman Keamanan & Muzium Bom Atom: Hari Kedua

Destinasi kedua pada hari kedua adalah Muzium Bom Atom & Taman Keamanan.
Kalau nak tau, jatuhnya bom atom disini pada 9 Ogos 1945 pada pukul 11.02 pg.
Tugu yg dibina di atas tapak jatuhnya bom atom menggambarkan simbolik kepada keamanan dunia dan bahayanya bom nuklear.


Ini pula di Muzium Bom Atom. Ini antara gambar2 yg berjaya dibuat kenangan.
Aku kecewa jugak gambar tak boleh tangkap kat dalam muzium tu.....
gantung kamera kat leher jer la.....
Patung emas dan burung merpati tanda keamanan sejagat.





Lukisan cat menggambarkan kemusnahan yg dahsyat.





Ini pameran kebudayaan di aras bawah (masuk percuma).....
tapi yg pastinya bukan berkenaan bom atom.
Kebudayaan dari Malaysia:
Berbaju melayu, siap bersamping tu...
Sate! Sate! 2 seringgit, 2 seringgit...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...