Sunday, April 19, 2009

Majlis Sambutan Pelajar Baru 2009

Persatuan Fukuoka-Ipoh telah mengadakan majlis sambutan pelajar baru di Balai raya Uchihama pada 19 April 2009 lepas. 4 orang pelajar baru utk kemasukan sesi April 2009 ke Uni. Kyushu telah diraikan dengan upacara minum teh. Jadi pelajar2 dan warga Malaysia di Fukuoka ini dijemput hadir utk memeriahkan suasana. Maka kami sekeluarga pun menyahut jemputan ini utk memeriahkan suasana.

Selepas upacara minum teh......pelajar2 baru yg segak berbaju melayu memperkenalkan diri masing2 sebelum acara santapan bermula.
Masa ni la... peluang nak makan makanan Jepun (yg halal).....macam2 ada ....tapi takoyaki menjadi makanan yg sedap bila masuk tekak aku.....yg lain tu.....chotto....

Sebelum santapan bermula.......pelajar2 baru diraikan dgn upacara minum teh di bilik ni. Kalau nak tau serbuk teh hijau dalam Bahasa Jepun disebut matcha (まっちゃ).
Kami yg tak terlibat jugak dijemput menyibok utk merasai pengalaman ini.
Ni kira kali pertama aku merasai pengalaman minum teh Jepun ni.....pahit.....jangan cerita la......
Tapi ada rahsia nak minum teh ni......kena makan manisan dulu macam omochi ke sebelum minum teh ini.
Kata dah biasa minum air akar kayu masa pantang bersalin dulu......
tapi masa minum teh ni, berkedut gak muka nampak......hehe.....

Bergambar kenangan bersama makcik2 berkimono.....
kalau awek2 berkimono semangat gak tu.

Tekun mendengar ucapan sebelum santapan bermula.

Jom...pekena apa2 yg patut.

Berebut nampak....sedap ker.

Ni la takoyaki.......ni yg well done punya".
Bila la...... Cik Yah nak bikin ini menu.

Tekun mendengar nampak......
mentang2 le dah paham apa yg orang Jepun cakap.

Persembahan nyanyian akustik dari pelajar2 Malaysia.......
Band yg diketuai oleh sifu....Abg Nuri.

Cik Yah and the geng bergambar kenangan dgn Tony-san kita.
Orang kuat Persatuan Fukuoka-Ipoh.

Majlis ditamatkan dgn acara bergambar beramai2......



4 comments:

aku ada takoyaki pan said...

nk pinjam takoyaki pan aku bole.. tp jgn lupa byr sewa 50 bijik takoyaki.. tako kasik lebeyyy sket!..

yatie chomeyl said...

ngape x bwk kamera mahal semalam? dah penat ngusung yer? ;)

Petot said...

--Mahalnya sewa....ini dah masuk kategori along....bukannye nak tolong...

--guna kamera mahal tak leh amik gambar sendiri ler...lagipun turn kamera murah hari tu....nati merajuk plak.

jamal said...

salam...saya bkn pljr tp ada keja ckit kt fukuoka..1 thun saya kna stay..start sept 2010..saya nk join dgn org mlysia sbb sy xtau apa2 pun...cara hidup n kos sarahidup d sana...harap dpt bntuan dr otai2 d fukuoka...trimas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...