Monday, June 21, 2010

Ground Golf @ Shirohama Koen

Pd hari ahad lepas kami sekeluarga menyebokkan diri utk bermain "Ground Golf". Sebenarnye tak penah tahu pun ada sukan jenis ni.......Datang Jepun baru le nampak veteran2 (Obachan & Ojichan) duk usung kayu........Rupa-rupanye sukan ni le yg diorang minat sangat ni.
Atas jemputan jiran sebelah rumah (Keiko san) kami pun tumpang sekaki. Setiap blok kena hantar 3 pasukan yg terdiri dari 6 peserta. Kali ni hanya blok dari no. 57 hingga 62 shj yg bertanding. Pukul 8.30 pg peserta berkumpul sambil mendengar taklimat. Acara berakhir pd pukul 12.30 disertakan dgn penyampaian hadiah.

Pasukan pertama tgh beraksi.......sambil2 tu korek "skill" macam mana nak pukul.

Kayu "ground golf" yg dibuat dari kayu.
Kalau buat dari titanium tu dah nama kayu golf dah.

Veteran2 yg memang pandai main.

Sebelum main kena posing dulu.......

Seumur hidup ....pertama kali pegang benda ni.....
jangan harap nak dapat "hole in one". Yg penting "skill" mau ada

Main benda ni, lebih kurang macam main golf jer......
Cik Yah berpasukan bersama Keiko san dan suaminya.

Gambatte.....




Keputusan perlawanan, setelah dicampur, tolak, darab & bahagi....
Blok yg kami duduk kalah, sebabnye.....ade orang yg tangan keras cam kami yg menyibok main.......... Kalau nak kalah, lain kali ajak le kami main.


Sunday, June 13, 2010

Hoikusankan 2010 @ Hoikuen

Hoikusankan hoikuen tahun ni diadakan pd hari sabtu, 12 Jun 2010. Banyak le jugak aktiviti tambahan berbanding tahun lepas macam lawan lari pusing padang. Antara acara wajib.....pukul gendang, menyanyi, dll.

Selepas je berkumpul kat padang......acara lawan lari pusing padang pun bermula.

Persembahan nyanyian di depan ibu bapa.......

Main teka...menggunakan kad.

Persembahan gendang..........dari kelab gendang ape entah.....yg pasti diorang ni bukan sensei.

Persembahan dari budak-budak kelas.
Berminggu-minggu jugak dirang ni berlatih nak jadi pandai macam ni.
Acara penutup.....Persembahan gendang dari sensei.......

Wednesday, June 9, 2010

Undoukai 2010 @ Sek. Keb. Shirohama

Tahun ni Sek. Keb. Shirohama telah mengadakan hari sukan. Selain daripada persembahan senam robik, acara lawan lari mengikut kategori umur juga diadakan. Dah masuk darjah 2, banyak le aktiviti yg diorang buat, berbanding acara pada tahun lepas.

Senamrobik.......

"Pom-pom girl" persembahan dari budak tahun 2.

Ni pulak gadis litar.........


Lawan lari 100 ela........nombor dua pun jadi le.....
bukan dapat hadiah pun...



acara menolak bola gergasi.......ini dah macam acara wajib .......
setiap tahun kena ada main bola besar ni.

Apesal la pulak si Iwani menyebok kat sini.......
Sebenarnye tahun depan dia dah nak masuk tahun 1, jadi acara ni dah macam sambutan mengalu-alukan kedatangan diorang.

Mari merebut belon.......hadiah kpd budak2 bakal masuk darjah 1 tahun depan.



yeah...yeah......

Ema chan & Syaza chan.



Berehat bawah pokok.....


Tuesday, June 1, 2010

Mini Undoukai @ Shirohama Hoikuen

Pagi tadi (1 Jun 2010), Iwani & Syaza terlibat dlm mini undoukai. Undoukai kali ni merupakan acara memanas badan sementara menunggu acara yg sebenarnye pd bulan sept nanti.......
Acara utk Syaza.....lari 10 meter, Si Iwani pulak......lari tawaf padang.......
Ni acara lawan lari ke .......lawan jalan kaki......
Janji semalam nak beli basikal anpanman, kalau dapat no. 1.....
yg ni dpt no. 1 jalan kaki ....tak aci.......
selamat ........

Bersedia menunggu arahan.....


Iwani...macam biasa....lari tak pijak tanah.......
gambatte.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...