Monday, December 29, 2008

Selamat Hari Lahir Nur Alya Farzana

Pada 29/12/2008 merupakan hari Lahir Alya yg ke 6. Dah masuk 6 tahun dah...
Pada April nanti dah nak masuk sekolah rendah.
Ni kira kek kedua yg Cik Yah berjaya buat.


Nampak macam sedap jer.....
Gambar ni dituju khas kpd Mak Bib
Alya & Wanie: Sedap.....sedap....Mak Bib nak ?




Tuesday, December 23, 2008

Merayau Sekitar Tenjin (Pusat Bandar Fukuoka)

Pada 23/12/2008 kami sekeluarga pi makan angin kat sekitar Tenjin. Antara tempat-tempat menarik yg kami kunjungi ialah Tenjin Chikagai (Kawasan membeli belah bawah tanah), taman dan bazar sekitar Solaria Stage.

Gambar atas ni adalah Tenjin Chikagai yg merupakan pusat membeli belah bawah tanah. Jauhnya ada la dalam 2 atau 3 km (agak-agak ja) dan jalan nya bercabang-cabang dan boleh menghubungkan ke pusat membeli belah sekitar Tenjin.

Yg menariknya kat sini ada "subway" iaitu lingkaran jalan keretapi bawah tanah.Pada waktu ni pun suasana meriah dengan sambutan hari Krismas, jadi kawasan ni pun diterangi dengan sinaran lampu "lip-lap, lip-lap la".




Penat dah berjalan ni.....
Apa pulak "plan" kita seterusnya.....
"Plan" kita seterusnya ialah lepak jap kat sini.

Agak-agak bila la Malaysia nak ada pusat membeli belah bawah tanah ni.
Tahun 2020 kot....

Toyol mana pulak kat belakang tu terlepas......

Ni pulak bazar sekitar Solaria Stage. Kira tempat ni macam Petaling Street (PS) la. Lalu kat sini rasa aman ja.....kalau kat PS tu rasa risau pun ada.


Yg paling bangga sekali, bila aku tengok "wall of fame" ni.
Ada tulisan Ipoh (Malaysia). Sebenarnya Bandar Ipoh merupakan "Bandar Kembar" dengan Bandar Fukuoka. Ada juga beberapa Bandar Kembar lain.

Ni pulak taman sekitar Solaria Stage. Tapi aku rasa paling cantik kalau pi waktu malam sebab sekarang ni banyak lampu "lip-lap" dipasang sempena Krismas.



Bergerak pulang......
Naik densha.

Budak-budak pun dah lembek....


The Emperor's Birthday: Tenno tanjobi

Hari ini, 23/12/2008 adalah cuti umum seluruh Jepun. Ia merupakan cuti sempena hari keputeraan Maharaja Jepun yg bernama Akihito.
Jadi kami sekeluarga mengambil kesempatan makan angin kat kawasan Tenjin (Pusat Bandar Fukuoka).

Monday, December 22, 2008

Tosu Premium Outlets

Pada 21/12/2008 kami ke Tosu Premium Outlets untuk membuat tinjauan secara dekat barangan berjenama disini. Terdapat lebih 120 "outlet" berjenama terkenal antaranya Escada, Coach, Timberland, Nicole, dan banyak lagi. Kalau kat Malaysia ni, setakat jeling dari jauh je la. Lalu sebelah kedai tu buat macam tak nampak la.
Kalau kat kat sini siap boleh "try test" lagi. Sekarang pula tengah ada jualan murah sempena Krismas dan tahun baru, ada barang tu diakaun sampai 80%. Kami pun tak lepaskan peluang la.

Hari hujan, tak leh amik gambar yg cun-cun la.


Penat berjalan, cari "pot" rehat jap.








Budak-budak kalau main tak ingat nak balik.
Sebelum balik singgah sat kat kedai LEGO.


Saturday, December 20, 2008

Roti Jala

Roti Jala antara makanan kegemaran budak-budak kat rumah ni.
Kalau depa makan tak ingat orang dah.
Kena pulak cicah dgn kari ayam.... tak pandang org dah la...
Tu pulak ada yg nak "order" esok pagi buat lagi.
Apa-apa pun makan di musim sejuk ni semuanya rasa sedap.

Friday, December 19, 2008

Banana Caramel Poundcake

Kek ni, Cik Yah kita buat hari rabu lepas.
Sempat jugak bagi rasa kat ibu-ibu dari Indonesia masa kelas agama hari tu.
Menurut Cik Yah, kek ni berbeza sikit dari kek pisang yang biasa tu.
Yang ni pisang tu dihiris dan disalut ngan karamel.
Memang gebu tapi merekah sikit mungkin oven terlebih panas kot.
"First time" la katakan.

Monday, December 15, 2008

Berkunjung ke rumah Brother Wahid

Pada 14/12/2008 lepas, kami sekeluarga ke rumah Brother Wahid. Ini merupakan kunjungan pertama kami ke rumah beliau yg terletak berdekatan Universiti Kyushu (Hakozaki Kampus). Beliau merupakan warga Jepun beragama Islam (sudah 10 tahun) dan sangat mesra dengan rakan Islam lain khususnya dari Malaysia.

Bergambar bersama isteri Brother Wahid dan anaknya.

Kami dijamu dengan makanan Jepun.
Nasi Goreng Jepun, Oden (ayam, telor dan lobak putih), sambal dan satu lagi nama dia lupa dah.... (kentang, daging).

Nasi Goreng Jepun.






Sunday, December 14, 2008

Hakozaki Shrine: Flea Market

Pada 14/12/2008 kami ke "flea market" di Hakozaki Shrine. "Flea market" merupakan bazar jualan barang-barang terpakai. Antara yg dijual disini ialah pakaian, barang antik pinggan mangkuk dll. Ini merupakan kunjungan kami kali kedua dan cuaca pula begitu baik sekali. Misi kami ke sini adalah untuk mencuci mata saja, disamping mengatur strategi apa yg nak dibawa balik ke Malaysia nanti.

Syaza macam biasa la, tak mau dukung. Orang reti berjalan katakan.


Apasal buat muka macam tu. Sejuk ker.....

Tempat bazar ni pun kat "shrine" (tempat suci untuk bersembahyang).
Apa lagi bergambar la kat pintu masuk.
Tak masuk dalam pun.....
Nanti orang ingat kami nak tumpang sembahyang pulak.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...