Saturday, June 20, 2009

Homemade Udon

Pd minggu ni (20/6/2009), Keiko san datang ke rumah kami bersama anaknya Ema chan untuk menunjukkan cara-cara memasak "Udon". Siapa lagi yg bergeumbira kalau bukan budak2 ni....depa ni memang kaki Udon. Tapi kali ni bukan makan kat kedai, tapi makan sampai kenyang kat umah. Bab nak sediakan bahan2 lain tu kira tak dak masalah, tapi mai bab nak buat kuah tu yg tak berapa nak reti. Nasib baik le ade Si Keiko san ni sudi nak ajar masak Udon ni. Siap sudi temankan kat JUSCO beli barang2 keperluan udon ni.

Peace

Berselera nampak, Kalau tak 2 pinggan tambah ....lain kali tak payah buat dah.

Biasanya Si Keiko san ni buat kuah udon ni pakai perencah yg dah siap jual kat kedai.....lagi senang, tapi dia kata kalau buat sendiri lagi sedap......
Beberapa bahan seperti (こんぶ)rumpai laut, (にぼし) ikan bilis, dan (はなかつお) ikan kering dimasak bersama.
Macam tak cukup tangan jer....sedap ke Syaza.
Semua dah kata sedap.....nanti WEST (ウエスト) hilang pelanggan ler cam ni. Apa2 pun minggu depan giliran Cik Yah kita plak nak tunjuk cara masak tomyam.

Saturday, June 13, 2009

Aktiviti Harian Syaza @ Shirohama Hoikuen

Minggu ni pulak (Sabtu, 13/6/2009), Shirohama Hoikuen telah mengadakan aktiviti sekolah utk budak kelas sakura. Acara yg diadakan 2 kali setahun ni, memberi peluang kpd ibu bapa utk tengok apa yg berlaku kepada anak2 mereka kat sekolah, seharian dari pagi hingga ke petang. Tapi aktiviti kali ni tak ade le sampai ke petang. Kalau tidak bengkok le tulang mak bapak nak tunggu..........Aktiviti yg bermula pd pukul 9 pg dan tamat pd pukul 11.30 pg. Budak2 ni macam biasa le....bila dah ada mak bapak duk tunggu tgk....mula ler diorang nak tunjuk macam2 ragam......menangis, nak berkepit dll semua ada.

Aktiviti pertama budak2 ni bila sampai kat sekolah......
berbaris kat padang....buat senaman pagi.

Pastu nyanyi 2/3 lagu sambil diiringi oleh petikan piano dari sensei.

Lepas ja penat nyanyi.......aktiviti seterusnya ialah おしっこ (buang air @ kencing) . Bermula dari sini ler budak2 ni belajar kencing dalam "toilet". Cukup kagum aku tengok sensei "train" diorang. Kalau kat Malaysia .......susah nak tengok "nursery" ajar budak2 buat macam ni.

Syaza & Tomodachi.

Aktiviti kerja jangan.....senang jer .......cuma tampal pelakat warna kat botol......

Mendengar cerita dari sensei. Cerita anpanman.......
Nampak macam Syaza betul2 seronok jer......
Sementara nak tunggu makanan sampai, biasanya sensei akan bercerita dulu ......

Makanan dah pun sedia......

Aktiviti terakhir sebelum balik......"Makan sampai kenyang".
Mee + Susu.



Saturday, June 6, 2009

ほいくさんかん@しろはまほいくえん。

Pagi Sabtu 6/6/2009, aktiviti kami sekeluarga adalah menyertai program "Hoiku Sankan" di Shirohama Hoikuen. Program ini seperti biasa bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan pihak Hoikuen disamping menunjukkan aktiviti dan kebolehan anak2 di Hoikuen. W/p thn Ke-2 kami menyertai program seperti ini, perasaan jemu tdk wujud kerana sajian kali ini memang berbeza.

Pagi2 kenalah bersenam dulu. Syaza ngan ibu pun 'join' sama.

Syaza begitu tekun ikut bersenam kali ni. Selalunya kalau dgn geng2 sekelas, dia buat dek je. Emmm....Nampaknye kena tukar kelas ni.

Sesi senaman suara diiiringi petikan piano dari Teshiba Sensei, beberapa buah lagu dinyanyikan. Tapi biasalah suara waktu pagi ni kureng skit. 'Pitching' ke laut semuanya.

Persembahan gendang (たいこ、Taiko).....Yg paling kagum tu ada sorang sensei (Tanaka), ahli kumpulan gendang ni.....Memang terer dia main.

Ni pulak giliran budak2 ni menunjukkan bakat terpendam.
Berminggu2 gak depa berlatih, ...Apa2 pun permulaan yg bagus utk budak2 ni.

Cara nak pukul, pegang kayu dan berdiri semuanya ada caranya......kata Iwani le..
Tapi tgk, pegang kayu...macam salah jer.

Mcm biasa ibu mesti nak 'enterframe'. 5 org ibu bapa diberi peluang untuk mencuba bakat terpendam memukul gendang. Nanti balik Malaysia boleh ler buka kelab gendang ......
Aktiviti berakhir pukul 12.00. Minggu depan sekali lagi akan diadakan program macam ni, tp kali ni utk kelas Syaza pulak.



Monday, June 1, 2009

Jiran Jepun & Sushi

Pada 31 May 2009 lepas, selesai jer aktiviti padat undoukai kat sekolah Alya, kami dikunjungi oleh jiran Jepun (Keiko san) sebelah rumah iaitu emak kawan sekolah Iwani. Ini merupakan kunjungan kedua setelah dia berjanji pd minggu lepas utk menunjukkan cara menyediakan sushi.

Sebelum pekena sushi, jom layan cerita Upin dan Ipin dulu....

Ni la 'member' kamceng Iwani kat Hoikuen.
Nama dia Ema.

Sebagai balasan kami lak ajarkan, Keiko San buat roti jala.
Nasib baikle ada pembantu diimpot khas ni.....kalau tidak tak menang tangan ler ....
bersungguh2 nampaknye tunjuk skil.

Ni pulak Keiko san tunjuk skil, cara membuat telur gulung. Terpegun jugak kami tgk.....
Ingatkan skil menebar roti jala dah cukup bagus.

Ooooo macam tu ke caranye.....
Cepatlah... terseksa perut kami...

Antaran bahan2 yg nak dijadikan sushi seperti isi ketam, jagung +tuna, telur gulung, daun lobak putih, sayur+timun, ikan dan sotong segar.......tidak termasuk kek puding ngan roti jala.

Ni Keiko san tgh tunjuk cara nak masukkan bahan2 dan menggulung menggunakan nori.
Terpulang pada masing2 nak letak apa2 yg suka.

おいしいね!

Nampaknye tekun sekali Pn Nura kita ni menyusun.

Ema chan ni pun kali pertama dia makan sushi yg mak dia buat......
Sebelum ni diorang makan kat kedai jer.....
Anak ramai cam aku ni tak barbaloi makan kat kedai.
たかい (mahal). Kat kedai, satu piring tu dalam 105 yen. Orang cam aku makan ade le dalam 6/7 piring....Satu keluarga makan mau ribu2 yen.

Ni pulak giliran Keiko san mencuba roti jala kuah kari.......
Siap tambah2 lagi......maklum ler tak penah makan, lagi pun sedap......
Dia kata kari tu pedas......bagi kami tahap kepedasan tu baru 20% jer, Syaza pun boleh makan.
Mmmmm....Memang orang Jepun tak makan pedas.....

Ni la nori kesukaan Syaza......makan cam tu saja.....kat 3 keping dia bantai....
Apa2 pun ni la sushu yg aku makan paling banyak semasa aku duduk kat Jepun ni. Tekak aku pun dah mula boleh masuk ikan2 dan sotong mentah.....jadi "enjoy" ler makan.
Harap2 Cik Yah kita boleh aturkan lagi kelas memasak bersama Keiko san ni, mungkin menu kedua boleh buat cara nak masak tempura+udon plak.
Tunggu dan lihat jer .......

うんどうかい@しろはましょうがっこう 2009

Hari ahad lepas (31/5/2009), Alya terlibat dgn aktiviti sukan sekolah. Ini merupakan kali pertama Alya terlibat dgn aktiviti kat sekolah ni. Budak2 tahun 1 hingga tahun 6 dibahagikan kepada dua pasukan iaitu putih dan merah (Alya, pasukan merah), bertanding dalam pelbagai acara seperti lari 40 meter, tarik tali, membaling bola ke dalam bakul, menolak bola gergasi dll. Acara yg bermula pd pukul 9 pg dan tamat 3 ptg dalam cuaca yg panas, memang memenatkan kami sekeluarga.

Acara pertama dimulakan dgn senaman memanaskan badan.....

Iwani begitu teruja melihat kakaknya.....

Syaza, macam biasa le jadi model part time.

Bersedia menunggu arahan.

Acara pertama utk budak2 tahun 1, persembahan tarian senamrobik.

Ni pulak acara bersama ibu bapa, menolak bola gergasi.

Gambate ne:
Lari 40 meter, larian yg begitu bertenaga dari Alya.

Adusss...boringnye aku, .....tak tau nak buat ape ni....
Kalau tidor kat sini pun ok gak.....
Iwani chan & sumayah chan.

Sementara waktu rehat ni, sempat ler bergambar.

Gaya selamber .....

Acara selepas rehat. Melontar bola ke dalam bakul.
Macam main basketball le pulak.

Acara terakhir utk budak2 tahun 1.

Jam pun dah pukul 2.30 ni. Syaza pula dah nak melentok.
Moh ler kita gerak ni.....
Nanti petang pukul 5, mak kawan Iwani nak mai kat umah pulak......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...