Saturday, August 29, 2009

Kelas Berenang

Pada rabu yg lepas, ibu ngan kawan baiknye, Keiko san pergi ke kolam renang. Bukan diorang nak berenang sebaliknya pergi utk melihat kemajuan Iwani dan Emma dlm pelajaran renang. Kelas renang ini merupakan salah satu aktiviti hoikuen yg diadakan sebulan 3 kali.
Selama ini dok dengar aje Iwani bercerita yg dia dah pandai. Pandai tahan nafas dalam air jer.....nak pandai berenang tu .......lambat lagi kot.

Kelas utk budak2 kecik macam ni dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kump satu mereka yg dah biasa bila air terpercik kat muka dan satu lagi bila air kena muka....asyik sapu2 muka je. Iwani....dlm kump kedua .......ni kena berlatih dlm "bath tub" kat rumah ni.

1..2..3 terjun!

Seronok berenang nampaknye.....
Agak2 berapa byk le air yg Iwani dah telan hari tu....




Monday, August 17, 2009

BBQ @ Odo Koen

Pd ahad lepas (16/8/2009) kami sekeluarga ke Odo koen.
BBQ bersama Keiko-san sekeluarga serta keluarga Malaysia yg lain (Nura dan Pak Sheikh sekeluarga). Idea yg datang dari Keiko san sendiri setelah bertandang beberapa kali ke rumah kami dgn program masakan jepunnya (sini dan sini).
Dengan pelaksanaan piawaian halal yg ketat,
Keiko san hanya dibenarkan membawa sayuran shj. Makanan lainnye spt nasi impit, sate, ayam dan kepak ayam . Keiko San selalu tengok blog aku ni. Harap2 kalau dia nampak nama dia ni dia tau yg aku nak ucap terima kasih dan lain kali ajak le lagi..
"Thumb-up" dari Pak Sheikh....
sedap le tu.....

Tak putus-putus perkataan "Oishii" keluar dari mulut Keiko san .

Sedap sampai menjilat jari nampaknye.

Ade lagi ayam tu...jgn le intai macam tu.

Bila le agak2 boleh makan ni.

Mmmmm sedap2......bole bukak kedai sate ni.

Oishii ne!

"Control" ayu


Kesedihan melanda..... Kaki melecit setelah berlari hampir 100m.
Lain kali dengar cakap ibu tau.


Jinak2 merpati le katakan.....


Selepas kenyang, tibalah acara yg dinanti-nanti. Mandi manda. Kalau ikutkan budak2 ni, acara ni sepatutnya jadi acara no. 1. Tak makan pun takpe.. Biasalah, budak2.

Syaza kagum tgk nama dia .......

Ishk-ishk kuak lentang macam ni ker.

Horey...horey.....gumbiranye aku.....dapat mandi......

Macam ni Syaza kuak lentangnye......

"Surfing" ......


Natsu Matsuri @ Shirohama Danchi

Perayaan musim panas kaw. kediaman Shirohama Danchi telah diadakan pd hari sabtu lepas.
Acara awal dimeriahkan dgn murid-murid sekolah rendah (sekolah Alya) berarak mengangkat objek (macam Hakata Yamakasa) mengelilingi kaw. kediaman Shirohama Danchi.
Acara yg bermula pd pukul 3 ptg dan berakhir pd jam 9 mlm.
Ini kira pengalaman pertama kami merasai perayaan ini yg diadakan setahun sekali.
Sebenarnye Alya pun dijemput utk menjayakan program ni, tapi disebabkan masalah teknikal (lambat hantar surat), Alya jadi penonton saje le.
Tak pe.... tahun depan boleh "join" lagi.

Peserta perarakan berkumpul di Taman 100 tahun (sebelah Shirohama Shougakko).



Syaza chan & belon (dapat free).







Sunday, August 16, 2009

Hari Lahir Ke 2 @ Syaza

Pd 5/8/2009 genaplah 2 tahun umur Syaza.
Teringat masa umur dia satu tahun.....masa tu kami tinggal di Kaikan. Tak banyak perkataan yg keluar dari mulut dia selain Abu (Ibu ler tu), ayah. Tapi sekarang ni.....
Bahasa Melayu dan Jepun dia dah boleh faham. Tapi bahasa mimpi dia aku rasa dia guna bahasa jepun, apa tidaknya kat hoikuen 8 jam berbahasa Jepun bersama sensei, tambah lagi kat rumah pun kakak-kakak dia bantai Bahasa Jepun jugak.

Atas permintaan Syaza, aku menterjemahkan bakat yg tak seberape ke atas kek yg semestinye dibuat oleh ibunya. Takpe lepas ni ayah buat kek dan ibu lak kena lukis.


Seronoknye Syaza ngan kek Anpanmannye.. Kakak-kakanye dah 'order' kek 'Fresh pre-cure'. Nampaknye aku kena ambik kursus melukis lepas nih.. Selamat hari lahir Syaza dan semoga syaza sentiasa dibawah perlindungan-Nya..Amin.


Saturday, August 15, 2009

Uminonakamichi 2009 @ Fukuoka

Dua minggu lepas, 2/8/2009. Bawa anak-anak ke Uminonakamichi.
Cuaca yg panas tak berapa sesuai utk anak-anak nak main mainan.....cumanya melawat taman bunga dan zoo mini.

Ini merupakan kunjungan kali kedua kami selepas kunjungan kali pertama pd musim bunga tahun 2008.

Lunsur......








Aduss panasnye......nak bukak mata pun tak boleh.....







Himawari (ひまわり)

Jom gerak ke tempat lain pulak


Di zoo mini.


Cik kanggaro & Syaza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...