Monday, August 25, 2008

Home Made Roti Bush-Bush

Kalau nak tau ni la roti bush-bush, aku tak tau nama roti apa ni, tapi anak aku panggil roti bush-buah. Tapi roti ni special skit, ada sosej kat dalam.

Lepas ni roti apa plak nak buat, tengah pikir ni, ha......buat roti yg doremon suka makan tu. Nak tau tunggu......

Thursday, August 21, 2008

Welcome Party 20/8/2008

Welcome Party ni dibuat untuk meraikan kedatangan aku dan seorang Post Doc dari Negara China. Makan kat restoran jepun ni mana ada makanan yang halal. Jadi aku minum ja la, dari jus oren, jus epal, coka-cola semua aku tibai. Ada satu lagi kacang rebus hijau, sedap gak......

Tengah tu Assistant Supervisor: Munetoh san

Kena la bagi ucapan skit. Paham ka budak2 Jepun ni. Nampak bler jer.

Ni la Post Doc bidang material simulation. Kontrak dia setahun saja....

Baju Biru: Motooka Sensei

Aku & Kuriyama san (Team Nanopore)


Habis ja makan aku pun balik la, tapi bebudak ni ada tugasan lain lagi , pi melalak kat karaoke plak. Tak leh join la, nanti lambat balik rumah...

Lain kali kalau ada welcome party macam ni lagi, aku rasa malas nak join, susah makan. Kalau buat kat Restoran Zaeka, line clear.....


Monday, August 18, 2008

Home made Roti Kismis

Nampak menyelerakan....
Roti ni, anak aku panggil "roti boom". Nampak macam bom ajer.
Terer jugak Cik Yah kita ni.....balik Malaysia boleh bukak kedai roti nampaknya.

Makan dua bijik dah mengah. Takpa lain kali try plak "roti bush-bush". Nak tau macam mana tunggu.............


Sunday, August 17, 2008

Kurume: Grapes Picking 16/8/2008


Pukul 10.30 pg bertolak dari rumah Sohiful ke Kurume (Fukuoka Prefacture), kira-kira 50 km. Kawasan ni terkenal dengan aktiviti memetik anggur.Perjalanan mengmbil masa selama 1 jam 30 minit. Cuaca pada hari ni agak mendung dan dijangkakan hujan akan turun. Tapi tak pa, sungguhpun ribut datang melanda kami tetap akan datang, tunggu......


First time tengok buah anggur kat pokok, rasa macam nak pi petik semua saja.


Syaza ni la buat anggur yg kita selalu petik kat kedai....Orang Jepun cakap "Budou"


Bestnye tengok buah ni, rase macam nak makan terus saja.
Syaza sabar....jap lagi kita belasah.

Nanti... dah tak sabar dah.... tunggu sat...


Anggur warna ni kureng skit, aku rekemen makan anggur warna merah cerah.

Kena korek rahsia macam mana tanam anggur ni, nanti boleh la petik banyak-banyak

First time petik buah anggur....gembiranya rasa .....
tapi kontrol hensem pun ada gak.....heheh

Sepatutnya penuh sebakul petik anggur ni, tapi memandangkan poket tak berapa tebal. Apakan daya......

Budou yg berjaya dipetik...

Kore wa budou desu. Kat sini ada 3 warna. Hijau, merah dan ungu. Tapi yg warna ungu tu kureng skit.


Close-up buah anggur.
Petik dari pokok, tak payah basuh, bebas racun perosak, enak dimakan begitu saja
Ni untuk santapan pengunjung, kalau tak cukup kenyang mintak lagi.
Free jer.

Syaza makan .... makan sampai kenyang

Makan jangan tak makan, sedap tak.

Layanan yg bergitu mesra dari tokei kedai.

Buah anggur yg dipetik akan dibungkus mengikut kehendak pelanggan

Nak offer tolong bungkus, Bahasa Jepun fail......jadi tengook je laa

Ni la anggur yg dipetik telah dibungkus.
1500 gram = 1500 yen

Begitu puas betul Cik Yah kita, dapat petik anggur,
lain kali kita datang petik epal la plak.

Mendengar taklimat cara-cara memetik anggur sebelum ke ladang anggur.
Sohiful sorang saja yg paham.
Aku, sheikh haram...... apa dia cakap ha....

Ni la ladang anggur, agak besar jugak ladang ni, siap bertutup dan berbumbung lagi.
Senang, kalau hujan pun boleh datang petik.

Bertolak pulang ke kaikan dan sampai pukul 7.50 malam.
Malam ni mimpi petik buat epal plak.

Saturday, August 16, 2008

Kurume: Taman 100 tahun 16/8/2008

Kurume: Taman 100 tahun


Macam musim bunga plak, cantik jugak bunga ni kalau dah banyak-banyak.


Wanie: Aku bebas.


Wanie: Jalan pelan-pelan syaza.

Syaza: Abg din konnichiwa

Bestnya angin kuat kat sini.

Model Iklan: Taman 100 tahun.


Friday, August 15, 2008

Marine World: Uminonakamichi 15/8/2008

Marine World: Uminonakamichi, antara tempat paling menarik di Fukuoka ni. Kalau sesiapa dah penah lawat Aquaria KLCC dan Aquaria Langkawi, aku cadangkan cuba lawat tempat ni. Memang best. Berbaloi.

Bersebelahan tempat ni (belakang tu) ada jeti bot bagi pelancong yang datang dari Tenjin dan Hakata menaiki bot.
Pemandangan pintu masuk Marine World

Agak-agak benda hijau ni apa..... Ni la dolfin. Maskot tempat ni.


Kolam "live show" dolfin dan singa laut.

Biasa la tugasan syaza....kacau orang tengah tengok pertunjukkan... Gambar kena kepit...nanti terlepas



Wanie: Agak-agak ikan apa kita nak makan hari ni, goreng pon sodap. Sementara tu makan kuku dulu la.

Kat sini pun sempat tanya resepi pulut kuning ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...