Wednesday, July 22, 2009

Lawatan UTM @ Fukuoka

Pd 20/7/2009 (Isnin, cuti Marine Day), satu lawatan UTM yg diketuai oleh Prof. Dr. Marzuki Khalid TNC (Research & Innovation) bersama-sama 2 orang pegawai dari Pejabat Pendaftar iaitu Tuan Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abdul Rahman (Pendaftar UTM) dan Tuan Haji Dahari bin Derani (Human Capital Development Division. HCD). Lawatan ini merupakan beberapa siri lawatan ke Jepun untuk bersua dan bertanyakan perkembangan semasa staf2 UTM yg sedang melanjutkan pelajaran di Jepun ini.
Pd pukul 2 ptg, bertempat di Hyatt Regency Fukuoka, 4 orang (2 dari Kyudai dan 2 lagi dari KIT kat Kitakyushu) kami berjumpa dan mendengar taklimat.
Aku dgn Pak Sheikh memang mangalu-alukan kedatangan pegawai2 Utm ini. Bukan ape boleh le kami menceritakan tentang perkembangan semasa dan masalah kami kat Fukuoka ni.

Aik macam penah nampak je dua orang ni.......
macam mana boleh ade kat sini....
Sebenarnye diorang ni datang utk temubual berkenaan biasiswa dari UTM ni.
Mudah-mudahan dapat le tu....
kalau ade rezeki tu ......tak kemana.....



Gerhana Matahari

Tahun ini pd tanggal 22 Julai 2009 telah berlaku fenomena alam yg dimanakan gerhana matahari. Kami yg berada di bumi Fukuoka ni dapat menyaksikan gerhana separuh berbanding di tempat2 lain di selatan Jepun seperti Okinawa yg dapat di lihat gerhana penuh. Gerhana yg bermula pd pukul 9.35 pg dan tamat pd 12.15 tgh manakala gerhana maksimum pd pukul 10.54 pg. Tapi malangnya fenomena ini tak dapat dilihat dgn jelas di Fukuoka ni disebabkan cuaca mendung.






Utk pengetahuan, gerhana matahari merupakan satu fenomena alam yg mana ianya berlaku apabila bulan berada diantara matahari dan bumi lalu menutupi cahaya matahari. Terdapat 3 jenis gerhana matahari ini berlaku. Gerhana separuh, gerhana penuh dan gerhana annular. Bagi gerhana penuh, matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan dimana bulan berada hamper dgn bumi pada orbitnya, tapi yg menariknya ialah gerhana annular iaitu bulan menutupi matahari dimana cahaya matahari selebihnya menghasilkan satu lingkaran bercahaya berbentuk cincin di sekeliling bayangan bulan yg disebut sebagai “Corona”.







Bagi mereka yg beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana

Sunday, July 12, 2009

Revisit: Marine World, Uminonakamichi, Fukuoka

Cuti hujung minggu kami ke Marine World, Uminonakamichi. Kunjungan kali kedua kami ke sini mengimbas kunjungan kali pertama yg sememangnya menggamit kenangan musim panas pertama kami di Fukuoka ni. Ini Antara tempat menarik utk ahli keluarga mengelak bahang kehangatan musim panas. Bagi aku tak ade benda yg menarik berbanding dulu selain ada tambahan ikan paus kat kolam pertunjukan.
Begitu teruja aku tengok Si Syaza menunjuk2 dan memanggil 'Sakana' dan perkataan 'Wow' tidak putus2 keluar dr mulutnye berbanding kunjungan pertama hampir setahun lalu. Terasa kunjungan kali ini begitu berharga.

Gembira walaupun cuaca panas membahang.

Seperti berada didepan kanvas le pulak. Tp tu sebenarnye akuarium berbentuk selinder yg tingginye lbh kurang bangunan 3 tingkat.

Banyaknye 'Sakana', kata Syaza

Perasaan seronok Syaza dah bertukar jadi takut. Maklumle mcm2 rupa ikan dok ade.


Masih didepan akuarium selinder tp kali ni kat tingkat paling bawah.

Kunjungan pertama kali dulu, kami 'miss' tengok singa laut kat sini.
Ingatkan dah habis ronda. Rupanye ade gak yg tertinggal.

Kalaulah Iwani tau apa ade kat belakang tu,
mesti tak sempat buat mulut muncung tu.....sempat lari kot.

Singa laut tu mcm tau2 aje org nak ajak bergambar.

Tengok singa laut berjemur takpe..
Kalau tengok org berjemur? Opsss..

Kali ini kami menonton pertunjukkan dr sudut paling atas..
Maklumle masuk lambat.

WOW! WOW! WOW!.. itu ajelah yg Syaza mampu sebut.

Syaza marah sbb ayah suruh pusing utk posing.
Tengah syok menonton le katakan.
Tapi tak pe ni kira "shot" terbaik sbb ikan tu tgh baiknye terbang.

"Tangkapan" ikan yg tengah terbang.



Pemandangan jeti Uminonakamichi.


Saturday, July 4, 2009

Musim Panas @ Dazaifu Tenmangu

Pada minggu ni (4/7/2009) Keiko san sekeluarga mengajak kami dan Nura ke Dazaifu Tenmangu. Bagi kita orang Islam, tempat ni tak ada makna apa2 tapi cuma sekadar melihat pemandangan yg ada kat sini. Bagi orang Jepun pula tempat ni memang menjadi tempat keramat terutamanya bagi membuat permintaan utk kejayaan dalam bidang pelajaran (mintak pass periksa dll).
Asalnya tempat ni adalah makam seorang sarjana terkenal (Michizane Sugawara). Selepas kematiannya, para pengikutnya telah membina tempat keramat ni dan mengangkat dia sebagai tuhan.

Pokok besar kat belakang tu antara pokok yang tertua disini. 1500 thn dah umurnye.



Jinak2 merpati le katakan.

Kagum dgn pertunjukan monyet ni.

Nasib baik le ade si Keiko san ni.......
kalau tidak nak bergambar ngan si monyet ni tak dapek ler.

7 Julai, org Jepun merayakan perayaan Tanabata. Jadi berlambak le benda alah kat belakang ni di gantung bersama dgn hajat yg dihajatkan. Kalau nak tau, Tanabata Matsuri ni disambut, kononnye pada hari tu, bintang putera ngan puteri dpt bersatu di langit ke-7. Jadi depa pun pasangle hajat dan gantung kat pokok buluh pada hari tu sbb depa percaya mesti jadi kenyataan punye...

Aku cuma tertarik kat seni origami aje... Memang comel.

Air yg digunakan utk menyucikan hati.
Tu simbolik saje.....Takde kena-mengena dgn "air suci".

Pemandangan dr pintu gerbang utama.
Pengunjung memang ramai dan 'shrine' ini adalah yg paling terkenal di Fukuoka.

Kalau perasan, kat belakang tu ade kertas2 warna-warni tergantung. Menurut Keiko San, itu adalah kertas tilik nasib. Berbekalkan 100Y, depa akan cabut satu. Kalau tilikan tu kata memang sgt bernasib baik, depa akan simpan kertas tu dlm wallet selama 1 thn. Tapi kalau tilikan tu tdk meramalkan yg hebat berlaku dlm hidup depa... kertas tu akan digantung supaya depa akan tetap bernasib baik.. Tp bagi aku, pandai bentul 'shrine' ni buat duit.

Cuaca yg panas tdk menghalang budak2 ni memberikan posing yg menarik...
Menarik ke?

Iwani dan Ema memang tak boleh dipisahkan.

Dengar cerita, Ema bangun seblm 6 pagi sbb tak sabar nak berjalan dgn Iwani hari ni...
Kalau le dia tau Iwani bangun lambat hari ni...ish..ish..ish..


Kalau tak larang ni.....sampai atas Iwani panjat.

Ingatkan dpt tengok bunga Iris... tp sayang terlewat.
Cuma bangau dan ikan kap penyeri kolam ini nampaknye.

Binaan jambatan ni memang banyak pengaruh konsep Buddha. Tp yg pasti kami tak boleh lupakan ikan kap yg sebesar paha Iwani duduk kat bawah jambatan ni.. Seblm balik kami menyinggah dikedai2 cenderamata dan Keiko San dgn baik hati telah menghadiahkan kami 'Omochi' yg sememangnye 'Oishii'.
Tapi yg pastinya beruntung jugak dapat jiran Jepun macam Keiko san ni.
Aku harap lain kali ada lagi trip bersama Keiko san ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...