Sunday, November 30, 2008

Musim Luruh Di Higashi Koen

Higashi Koen merupakan tempat berlakunya peperangan besar antara tentera mongol dengan tentera samurai jepun pada tahun 1274 pada zaman pemerintahan Maharaja Kameyama. Tugu gangsa Maharaja Kameyama ini dibina pada tahun 1904 setinggi 4.8 meter yang terletak diatas bukit. Tugu patung tersebut berpakaian tradisional jepun yg dikenali sebagai "Ikan-sokutai".

Berlatarkan tugu patung Maharaja Kameyama yg berdiri megah.

Hujan daun dari pokok icho "Bahasa inggeris, Ginkgo".

Gaya seorang lelaki anak 3.

"Trade mark" main sorok-sorok.
Cak...cak...



3 dara & 1 mak dara.
Cak....cak....



Terasa aman duduk kat taman ni,
Yang pokok berdaun merah tu pokok maple berdaun kecil.
Bahasa jepun, momiji.


Alya: Wanie, Syaza jom kita main masak-masak.
Ni pulak pokok apa, aku pun tak tau....
Ni kat bawah ni daun kering..... yg pokok tu dah tinggal ranting dah.

Jom ayah pun nak main sama jugak.

Ibu pun nak main sama.......boleh tak.

Melintasi halangan berliku.


Senyum jangan tak senyum. Ishh...lupa nak senyum pulak.

Wanie: Nak kurangkan sejuk senang ja......
buat la senaman muncung mulut.




Tuesday, November 25, 2008

Monday, November 24, 2008

Labour Thanksgiving Day (Kinrō kansha no hi)

Labour Thanksgiving Day (Kinrō kansha no hi) boleh dikatakan Hari Buruh la. Ia merupakan cuti umum Jepun yg jatuh pada 23 hb November 2008 iaitu hari ahad, maka hari ahad tu dianjak ke hari isnin 24 hb November 2008 .
Ianya mula dirayakan pada tahun 1948 kepada buruh dan pengeluaran.
Sebelum ini ia dikenali sebagai Festival Menuai Padi. Tradisinya festival ini adalah meraikan hasil usaha keras sepanjang tahun bekerja.

Sunday, November 23, 2008

Musim Luruh Di Ohori Koen

Sepetang kami di Ohori Koen. Sebelum ni kami pi ke koen kecik-kecik ja. Ni kira koen paling besar kami pi kat Fukuoka ni. Kalau nak banding, macam kat Tasik Titiwangsa la, tapi ni besar sikit.
Nasib baik tak boleh memancing, kalau tidak habih ikan kat sini aku tangkap.
Bukan pakai joran, tapi pakai jala.

Burung-burung kat belakang ni senang ja nak panggil mai.
Tabur la makanan, meneru la depa mai.

Iwani, burung merpati dan burung putih (tak tau nama).

Jom kita ke sana plak,
Syaza, tunggu ibu, jgn laju sangat.


Gaya melentok leher khas dari iwani.



Cak....cak....



Berlatarkan formasi burung-burung.

Berlatarkan pokok berdaun kuning, nak tunggu masa gugur daun la tu.

Ni pulak berlatarkan pokok berdaun coklat kuning.
Dah banyak dah daun yg gugur. Seminggu lagi ni tinggal ranting la.

Ni pulak deretan pokok-pokok yg hampir keseluruhannya tinggal ranting ja.


Ni pula loceng dan arnab

Tak tau la apa pulak patung ni.


Anak jepun terpegun tengok Syaza.
Mungkin terpegun tengok mata bulat Syaza kot.

Ceria dan Masam.



Saturday, November 22, 2008

Pemandangan Musim Luruh Di Ohori Koen

Pemandangan Musim Luruh di Ohori Koen.
Ohori Koen merupakan tasik yg berada di tengah pusat bandar Fukuoka. Ia dibuka pada tahun 1929 berkonsepkan "Chinese style". Ia merupakan tumpuan warga kota untuk berehat sambil menikmati pemandangan sekitar taman. Ditengah-tengahnya terdapat tasik yang luas yg didiami oleh hidupan seperti ikan kap(sebesar Syaza pun ada), burung-burung dan itik-itik.
Kita juga boleh berjalan menyeberangi tasik menggunakan jambatan yg menghubungkan pulau kecil.


Besar sungguh ikan-ikan ni. Nak jadi besar ni ....agak-agak berapa lama umur dia.


Jambatan kecil menghubungkan pulau-pulau kecil ditengah-tengah taman ni.


Itik-itik berenang bebas di dalam air, bagai dunia ni mereka yg punya.


Formasi sekumpulan burung-burung. Baik punya "landing".


Baik punya pasangan itik ni bermadu asmara di tengah tasik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...