Friday, April 17, 2009

Dah setahun dah.....

Pada 15 April 2009 lepas genap la setahun kami sekeluarga kat Jepun ni. Banyak benda yg nak cerita, kalau mengarang ni mau boleh buat 3 novel. Yg paling aku ingat, hari kedua aku kat sini, aku demam. Mungkin terkejut beruk ngan cuaca kat sini kot. Masa tu suhu dalam 15 darjah ditambah dgn angin kuat. Siap sensei bagi aku cuti seminggu suruh rehat.

Kalau setahun yg lepas, satu habuk Bahasa Jepun langsung kami tak faham.... Datang Jepun ni macam datang ke plenet Pluto plak. Nak cakap Bahasa Inggeris......diorang bantai cakap Jepun, dah macam ayam ngan itik cakap plak. Kadang2 tu angin satu badan nak "deal" ngan orang Jepun ni. Kalau selalu2 mintak tolong orang yg reti Bahasa Jepun pun susah gak......Satu lagi org2 tua jepun pulak pantang nampak budak2 comel skit.... ade aje yg depa nak tegur.....nak menyembang la tu......kawai la......nan sai la....dll, tanya kami macam2. Jawapannye macam biase le....buat muka toya....atau buat la apa2 yg patut macam sengih, gelak dll.
Tp sekarang Alhamdulillah, berbekalkan kursus J1 (basic) yg aku belajar, paham la sikit2.....tu pun kalau tanya lebih2 kantoi gak. Tapi skarang ni dah tak sempat dah nak masuk kelas J2 dll.....sebab dah sibok ngan ekperimen. Kalau nak harapkan aku deal ngan orang Jepun kantoi jugak ni....tapi skarang ni aku dah ada jurubahasa rasmi. Siapa lagi kalau bukan Cik Yah kita (nak masuk Kursus J3)....setakat ni apa2 masalah aku tolak dia ja. Jurubahasa rasmi aku ni tidak mendukacitakan......segala tugasan yg dibuat suksezz sokmo.
Sape kata tak guna belajar Bahase Jepun hehe.

Kalau tengok perkembangan budak2 kat sekolah kagum jugak.....Dalam 3 bulan budah2 ja dah paham apa yg sensei cakapkan. Apatah lagi 9 bulan dah anak aku kat hoikuen ni... Nampaknye Bahase Jepun depa 'jouzuk'.... Kalau dengar depa sembang.....mati2 aku ingat budak Jepun sembang. Sampai Cik Yah pun kadang2 x faham apa yg depa cakap.....aku pulak dah sampai tahap nganga mulut.

Maklumlah.... Dah setahun dah....

Video atas:

Kawan2 sekelas darjah satu Alya datang rumah kami....main2. Maklum la waktu sekolah habih pukul 1.30 ptg......dah tak tau nak buat apa.....mai la rumah kawan2...main.

1 comment:

A'thiqah said...

dah lama x jumpa alia~ suggei pera-pera dane!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...