Friday, October 31, 2008

Karipap Pusing.

Menu makan petang hari ni karipap pusing. Lama dah Cik Yah tak buat karipap ni.
Asyik pekena karipap Kubang Buaya ja (Pak Sheikh le tu).
Terubat gak rindu kat karipap Kg Seri Damai.

Sunday, October 26, 2008

Taman 100 Tahun Minato (Pelabuhan) : Shirohama

Sepetang di Taman Pelabuhan 100 tahun Shirohama.
Jalan-jalan menghirup udara laut di petang ahad.


Pemandangan berlatarkan jambatan.

Aktiviti lasak.


Gelanggang apa entah la...... gelanggang galah panjang ker.

Pemandangan dari puncak tertinggi.



Aku & syaza bertemankan batu-batu.

Gambar hasil dari Alya.

Puncak tinggi lagi kami daki


Tuesday, October 21, 2008

Super Kaiten Sushi

Pekena sushi kat Boxtown.
Suasana kedai ni macam kedai sushi kat Malaysia....
Tapi ni "first time" aku makan sushi kat Jepun ni.

Ada banyak menu sushi kat kedai ni......gambar di atas ni la yg aku cuba makan.
Ok jugak rasa sushi ni....... lain kali boleh datang lagi.
Harga sushi ni mengikut warna pinggan.
Bermula dari 105 yen, pinggannya warna biru......dan seterusnya pinggan warna merah, kuning dll
Menu mengikut negara asal.
Contohnya kalau fries bendera Perancis la dia pacak.
Kalau buah dipacak bendera Jepun...... ni buah Jepun la....

Makan sushi ni kalau setakat 3/4 pinggan tu......orang kata baru lapik perut saja..
Paling tidak 10 pinggan baru mengah.....

Ramai jugak pelanggan kat kedai ni.....
Dah nama makanan Jepun.....ramai la org Jepun makan.


Welcome Party: International Students 2008

Majlis "Welcome Party" diadakan di Hotel Fukuoka sempena kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa baru ke Kyushu Universiti.

Bergambar bersama Salahudin dan rakan dari Indonesia iaitu Pak Martin.

Jamuan makan bermula tepat pada pukul 7 malam.
Seperti biasa makanan yg ada semuanya meragukan.......dgn kata lain tak boleh makan la.
Makanan yg boleh makan seperti biasa......buah-buahan, sayuran dan air jus oren.

Abstrak kain & Aku.


Konvoi Ke Momoland: Fukuoka

Konvoi ke Amaya Ruba Momoland, Fukuoka.
Bertolak pada pukul 10 pg dan sampai pada pukul 11.30 pg. Sampai saja disini, kami terpegun dengan keindahan panorama sekitar kawasan ini. Teringat aku pada pemandangan Bukit Bendera di Pulau Pinang (Hometown). Tapi yg lebihnya kat sini ada ladang ternakan lembu. Suasana disini memang tenang dan nyaman. Ditambah lagi tiupan bayu musim luruh yg menyegarkan.


Apa tu Syaza.....
Muka nampak terkejut ja......

Pemandangan ladang lembu yg luas.



Lembu gigit Syaza.......

Syaza......ni la namanya lembu......
Orang ambil susu dia utk minum.

Jangan ingat pula tempat pelancaran roket.
Bangunan ni tempat pengumpulan susu.


Kambing biri-biri pun ada kat sini jugak.
Apa yg wanie bagi makan tu...batu ka.....
Jangan tercekik mati sudah....


Cuba cari Syaza.........

Syaza & pemandangan Fukuoka.




Berehat menjamah makanan sambil menikmati panorama sekitar Momoland.


Monday, October 20, 2008

Panorama Di Momoland.

Lembu, Padang Ragut & Bandar Fukuoka.

Kawasan padang ragut yg amat luas, mewujudkan suasana tenang dan nyaman. Ditambah pula hembusan angin bayu musim luruh .............


Lembu-lembu berlatarkan rumah perahan susu di atas bukit.

Pengunjung, Bunga Cosmos, Rumah Biri-biri dan Bandar Fukuoka.


Pagar Kayu berlatarkan padang ragut.


Tempat melepaskan penat.......
Makan tgh hari dan solat.

Pandangan bangunan dan tapak pameran dan jualan dari padang ragut.

Kereta-kereta, rumah perahan susu dan rumah rawatan lembu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...