Pada April nanti dah nak masuk sekolah rendah.
Monday, December 29, 2008
Tuesday, December 23, 2008
Merayau Sekitar Tenjin (Pusat Bandar Fukuoka)
Pada 23/12/2008 kami sekeluarga pi makan angin kat sekitar Tenjin. Antara tempat-tempat menarik yg kami kunjungi ialah Tenjin Chikagai (Kawasan membeli belah bawah tanah), taman dan bazar sekitar Solaria Stage.
Gambar atas ni adalah Tenjin Chikagai yg merupakan pusat membeli belah bawah tanah. Jauhnya ada la dalam 2 atau 3 km (agak-agak ja) dan jalan nya bercabang-cabang dan boleh menghubungkan ke pusat membeli belah sekitar Tenjin.
Yg menariknya kat sini ada "subway" iaitu lingkaran jalan keretapi bawah tanah.Pada waktu ni pun suasana meriah dengan sambutan hari Krismas, jadi kawasan ni pun diterangi dengan sinaran lampu "lip-lap, lip-lap la".

Apa pulak "plan" kita seterusnya.....
Tahun 2020 kot....
Toyol mana pulak kat belakang tu terlepas......
The Emperor's Birthday: Tenno tanjobi
Monday, December 22, 2008
Tosu Premium Outlets
Pada 21/12/2008 kami ke Tosu Premium Outlets untuk membuat tinjauan secara dekat barangan berjenama disini. Terdapat lebih 120 "outlet" berjenama terkenal antaranya Escada, Coach, Timberland, Nicole, dan banyak lagi. Kalau kat Malaysia ni, setakat jeling dari jauh je la. Lalu sebelah kedai tu buat macam tak nampak la.
Kalau kat kat sini siap boleh "try test" lagi. Sekarang pula tengah ada jualan murah sempena Krismas dan tahun baru, ada barang tu diakaun sampai 80%. Kami pun tak lepaskan peluang la.
Kalau kat kat sini siap boleh "try test" lagi. Sekarang pula tengah ada jualan murah sempena Krismas dan tahun baru, ada barang tu diakaun sampai 80%. Kami pun tak lepaskan peluang la.
Saturday, December 20, 2008
Roti Jala
Kalau depa makan tak ingat orang dah.
Kena pulak cicah dgn kari ayam.... tak pandang org dah la...
Tu pulak ada yg nak "order" esok pagi buat lagi.
Apa-apa pun makan di musim sejuk ni semuanya rasa sedap.
Friday, December 19, 2008
Banana Caramel Poundcake
Kek ni, Cik Yah kita buat hari rabu lepas.
Sempat jugak bagi rasa kat ibu-ibu dari Indonesia masa kelas agama hari tu.
Menurut Cik Yah, kek ni berbeza sikit dari kek pisang yang biasa tu.
Sempat jugak bagi rasa kat ibu-ibu dari Indonesia masa kelas agama hari tu.
Menurut Cik Yah, kek ni berbeza sikit dari kek pisang yang biasa tu.
Yang ni pisang tu dihiris dan disalut ngan karamel.
Memang gebu tapi merekah sikit mungkin oven terlebih panas kot.
"First time" la katakan.
Monday, December 15, 2008
Berkunjung ke rumah Brother Wahid
Pada 14/12/2008 lepas, kami sekeluarga ke rumah Brother Wahid. Ini merupakan kunjungan pertama kami ke rumah beliau yg terletak berdekatan Universiti Kyushu (Hakozaki Kampus). Beliau merupakan warga Jepun beragama Islam (sudah 10 tahun) dan sangat mesra dengan rakan Islam lain khususnya dari Malaysia.
Sunday, December 14, 2008
Hakozaki Shrine: Flea Market
Pada 14/12/2008 kami ke "flea market" di Hakozaki Shrine. "Flea market" merupakan bazar jualan barang-barang terpakai. Antara yg dijual disini ialah pakaian, barang antik pinggan mangkuk dll. Ini merupakan kunjungan kami kali kedua dan cuaca pula begitu baik sekali. Misi kami ke sini adalah untuk mencuci mata saja, disamping mengatur strategi apa yg nak dibawa balik ke Malaysia nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)