Sunday, November 29, 2009

Aidiladha 2009 @ Fukuoka

Sempena Aidiladha tahun ini yg jatuhnya pada 27 Nov 2009, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat islam di tanah air (ibu bapa & saudara)serta warga muslim di Fukuoka ini. Tahun ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga merayakannya di bumi Jepun ini.
Gambar atas:
Bergambar kenangan selepas selesai solat sunat Aidiladha, berlatar-belakang Masjid Fukuoka.
Keesokan harinya kami telah buat sambutan aidiladha di rumah saudara Azizi (Imajuku Kaikan). Sambutan kali ni lebih meriah dari tahun lepas disebabkan kehadiran warga baru Fukuoka (Keluarga Azli, Rohana dan Azizi)










Tuesday, November 24, 2009

Autumn 2009 @ Asakura, Fukuoka

Isnin lepas (Cuti Hari Buruh) kami bersama keluarga Nora-san dan Keiko-san ke tempat menarik utk menikmati keindahan daun merah (koyo) sempena musim luruh kali ini. Akizuki, Asakura menjadi pilihan kami, memandangkan si Keiko-san dah berjanji nak bawak kami ke sana.......jadi kami ikut saja la.....
Ini merupakan musim luruh kedua kami di bumi sakura ini. Pd musim luruh tahun lepas beberapa tempat menarik telah kami lawat spt Ohori Koen, Higashi Koen, dan Higashi Hirao Park. Tapi pd kali ni nak pi pulak kat tempat jauh sikit.

Lebih kurang 70% - 80% koyo ni merah.....Kalau tunggu minggu depan mungkin meriah skit.
Kalau nak info lebih lanjut boleh le lawat kat sini.



Kiri: Alya, Ema, Iwani dan Syaza.


Hai....budak2 ni kalau dah jumpa kawan....mak bapak ....kena tinggal belakang.....
sampai nak amik gambar pun susah.












Lepak2 makan tgh hari.....


Banyak jugak pokok2 sakura kat sini......berderet sepanjang jalan......
Ini kalau musim bunga ......meriah nampaknya kat sini.
Takpa...tunggu kami di musim bunga akan datang.
Tugu amendenye ni......mungkin pahlawan ninja atau samurai kot.

Antara gambar2 pemandangan kat kawasan ni.















Tuesday, November 10, 2009

Yanagawa Canal @ Fukuoka

Hari minggu lepas kami ke Yanagawa, iaitu daerah selatan Fukuoka yg terkenal dgn terusannya. Jaringan terusan di dalam bandar in membuatkan ianya digelar "Venice of the East". Pengembaraan mengambil masa selama 70 minit menggunakan bot yg dikenali sebagai Donko-bune.
Lengoh jugak kaki dibuatnye......



Dayungan bersemangat dari "Ojisan". Dalam pengembaraan ini kami di ceritakan sejarah kawasan ini dan juga diselitkan dengan nyanyian lagu-lagu traditional Jepun.
Sedap jugak "ojisan" ni nyanyi walaupun aku tak faham.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...