Alhamdulillah segala penat lelah hasil usaha warga muslim Fukuoka selama 10 tahun akhirnya tercapai juga dgn berdiri megahnya Rumah Allah ini. Pd tanggal 12 April 2009 telah diadakan majlis perasmian (pembukaan) Masjid Fukuoka (Al Nour Islamic Culture Center) yg tersergam indah ini berdekatan dgn Kyushu Uni (Hakozaki Kampus).
.
.
Link berkenaan Sejarah Pembinaan Masjid:
Aku dan rakan-rakan muslim yg lain turut bersama hadir meraikan dan memeriahkan hari bersejarah ini. Sesungguhnya aku merasa amat bangga kerana dpt melibatkan diri dlm upacara ini wp penglibatanku tidak seberapa.
Masjid yg berketinggian 4 tingkat (termasuk basement), yg sememangnya mempunyai rekabentuk bercirikan Islam pastinya menarik perhatian warga Jepun untuk mengenali Agama Islam dengan lebih dekat lagi. Manalah tau, dr keindahan Rumah Allah ini akan terbit cahaya Islam di hati warga Jepun yg lain, Insya-Allah.
Majlis pembukaan Masjid berjaya menarik minat warga jepun utk dtg, ada juga dikalangan Prof. Assistant Prof dari Kyushu Uni. turut tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini.
Kalau nak tau.....Masjid Fukuoka ni merupakan masjid (Rasmi) yg ketiga di Jepun selepas Masjid Tokyo dan Masjid Kobe.
Ini barulah layak dipanggil jurugambar profesional. Peristiwa bersejarah ni memang layak masuk Berita. Tapi yg pasti kat Buletin Utama takde.
Sebenarnya majlis pembukaan ni lebih kepada penerangan kepada orang2 Jepun tentang sejarah Islam serta komuniti muslim di Jepun. Bahasa penyampaian tentulah dalam Bahasa Jepun. Kami yg datang ni pun lebih kepada nak memeriahkan suasana.
Tetamu yg datang akan diberi hadiah beg kertas yg berisi cenderamata dan kuih muih hasil sumbangan dari setiap negara. Kuih muih dari Malaysia juga tak ketinggalan ada kat dalam beg kertas tu.
Negara UAE yg banyak memberi dana pembinaan masjid diwakili oleh Duta UAE (tiga dari kanan), Shekh Salah Bukhater yg memperdengarkan bacaan Al-Quran (dua dari kanan), 2 orang sami buddha dan lain2.
No comments:
Post a Comment