Monday, May 4, 2009

Hakata Dontaku @ Fukuoka

Hakata Dontaku (博多どんたく) merupakan perayaan tahunan dalam kalender Fukuoka yg melibatkan sejarah lebh 800 tahun lalu. Ianya diadakan pada 3 dan 4 Mei (Cuti Golden Week) setiap tahun dan menarik kehadiran ramai pengunjung tempatan dan luar (dianggarkan 2 juta pengunjung). Perayaan ini melibatkan perbarisan dan tarian dari lebih 12000 orang dari pelbagai kumpulan mempersembahkan pakaian dan alat muzik traditional dan juga peserta yg berpakaian unik dan berwarna-warni sambil mengetuk sudu kayu. Ada juga kelihatan kumpulan menyanyikan lagu2 rakyat dan juga perarakan kereta berhias. Pelajar2 asing yg berpakaian rasmi negara mereka juga terlibat dalam perbarisan ini. Tapi pd tahun ni Malaysia tidak menghantar wakil.

Memandangkan minggu ni adalah minggu Golden Week (Cuti Umum), kami sekeluarga pun tidak ketinggalan menghabiskan masa melihat perarakan ni. Macam perarakan Hari Kebangsaan la pulak.












Perarakan kereta berhias

Tarian.....


Persembahan menggunakan alatan traditional dari makcik2 dan nenek2 Jepun.


Perarakan bermula dari pukul 1 ptg dan tamat pukul 7 mlm.
Siapa nak tunggu sampai habih.......
Budak2 pun dah buat lembek......
Aku pun mula le gerak......
Jom kita gerak.....
kiri.....kanan.....kiri....
Sempat plak amik gambar kat bangunan ni......
Tgk bangunan ni.......teringat plak kat Malaysia.....



3 comments:

DyMi said...

nice photos capture...saya ngan abg solah cari gak abg dekat lajan meiji hari tu...

Hafizal said...

kita orang lepak kat jambatan masa tu

yatie chomeyl said...

ramai sgt orang...jumpa jambatan je, orangnya tak jumpa hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...