Pada 28/5/2009 (Khamis) lepas, aku sungguh gumbira kerana telah memperolehi lesen memandu Jepun dengan jayanya, ini adalah hasil percubaan aku kali ketiga. Percubaan kali pertama, kantoi. Buang buruk katakan, Gelabah pun ada, tak ingat jalan pun ada.
Percubaan kali kedua, pun kantoi jugak, ingatkan dah terer tapi lagi hampeh....aku kantoi kat simpang tomare (berhenti), berhenti tak cukup harkat. Terus jer aku dengar perkataan "dame" dari instruktor. Akhirnya percubaan kali ketiga, aku berjaya menawan litar "Fukuoka Jidousya Menkyo Shikenjou ".
Utk pengetahuan semua kos yg aku dah hangus lebih kurang 14210 yen, kalau tukar duit Malaysia tu, korang kira le sendiri. Lepas ni aku dah tak risau lagi memandu dan menjelajah dalam siri penjelajahan seterusnya di bumi sakura nanti.
..........Penjelajahan bakal bermula.........
No comments:
Post a Comment