Sunday, May 17, 2009

Family Day Rumpun Fukuoka 2009

Family Day Rumpun Fukuoka 2009 yg dirancang pada 2 minggu lalu telah menjadi kenyataan. Pada hari sabtu lepas (16/5/2009), bertempat di Keya (kawasan pantai yg popular utk menyaksikan matahati terbenam), seramai 47 orang (30 dewasa dan 17 kanak2) memeriahkan suasana. Aktiviti bermula pada 10 pg dan tamat pd pukul 7 malam menjadi kenangan indah buat Rumpun Fukuoka walaupun cuaca agak mendung. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan menjatuhkan tin utk kanak2 serta perlawanan bola tampar pantai utk dewasa dan juga aktiviti sampingan lain.

Macam2 ada makanan.....sedap2 pulak tu.

Ni kalau mak mertua lalu......tak perasan ni.

Acara dimulakan dengan pertandingan bola tampar pantai.....
Perlawanan diantara pasukan Senior dgn Junior (Budak undergrad).
Nah amik ni.....

Pasukan underdog (senior) menang bergaya, 3-0.
Mungkin pasukan Junior saja2 kot kasi kami menang.
Ye la.... takut lawan tokey.
Acara utk kanak2....menjatuhkan tin.....

Lontaran pertama dari Iwani........tersasar....tapi mampu lagi tersengih.
Buang buruk orang kata......badan tak panas lagi tu.
No 3 pun dah kira ok tu.
Ibu pun tak ketinggalan menyertai acara Bola Beracun.. Seronok nampaknye maklumle dah lama tak buat perangai macam budak2.
Ok jaga2.......aiseyyyy......baling macam main boling la pulak....
Acara seterusnya ialah Mari Bermain Pasir.
Acara bebas kanak2 dan dewasa.....
ikut suka nak main apa pun tak pe.


Ni pulak acara berjalan cara bangau dalam air.


Jurugambar di dalam gambar....


Mmmmm.....sedap jugak pasir kat sini....

Agak2 ape yg Syaza bayangkan masa main pasir ni?


Acara tak rasmi dari Sensei Abg Nuri....
Cara2 asas memegang kamera.....
Itu baru cara nak pegang, dah berkerut dahi......
Kalau sebut jer "Shutter Speed, Aperture, ISO, WB" mau pitam kot.
Diskus sikit apa2 yg patut. Maklum ler amatur lagi.


Acara penyampaian hadiah.....
Pemenang (Pasukan Senior) utk acara bola tampar pantai. Diwakili oleh Abg Nuri.

Saguhati.......

Pemenang ketiga.

Bergambar kenangan Rumpun Fukuoka....


Senja nan merah.....memanggil kami pulang.
7.30 malam , lepas ja solat maghrib kami pun gerak.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...seronoknya tgk ...nampak ceria sungguh ....ibu & ayah yg semangat lebih ye...nak bagitau ni....'anda telah di tag'..nanti suh cik yah buat ye..boleh la....hehe...jgn lupa jenguk blog kita tau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...