Pada 31 May 2009 lepas, selesai jer aktiviti padat undoukai kat sekolah Alya, kami dikunjungi oleh jiran Jepun (Keiko san) sebelah rumah iaitu emak kawan sekolah Iwani. Ini merupakan kunjungan kedua setelah dia berjanji pd minggu lepas utk menunjukkan cara menyediakan sushi.
Sebelum pekena sushi, jom layan cerita Upin dan Ipin dulu....
Sebelum pekena sushi, jom layan cerita Upin dan Ipin dulu....
Nama dia Ema.
Nasib baikle ada pembantu diimpot khas ni.....kalau tidak tak menang tangan ler ....
bersungguh2 nampaknye tunjuk skil.
Ingatkan skil menebar roti jala dah cukup bagus.
Cepatlah... terseksa perut kami...
Antaran bahan2 yg nak dijadikan sushi seperti isi ketam, jagung +tuna, telur gulung, daun lobak putih, sayur+timun, ikan dan sotong segar.......tidak termasuk kek puding ngan roti jala.
Terpulang pada masing2 nak letak apa2 yg suka.
おいしいね!
Nampaknye tekun sekali Pn Nura kita ni menyusun.
Sebelum ni diorang makan kat kedai jer.....
Anak ramai cam aku ni tak barbaloi makan kat kedai.
たかい (mahal). Kat kedai, satu piring tu dalam 105 yen. Orang cam aku makan ade le dalam 6/7 piring....Satu keluarga makan mau ribu2 yen.
Siap tambah2 lagi......maklum ler tak penah makan, lagi pun sedap......
Dia kata kari tu pedas......bagi kami tahap kepedasan tu baru 20% jer, Syaza pun boleh makan.
Mmmmm....Memang orang Jepun tak makan pedas.....
Apa2 pun ni la sushu yg aku makan paling banyak semasa aku duduk kat Jepun ni. Tekak aku pun dah mula boleh masuk ikan2 dan sotong mentah.....jadi "enjoy" ler makan.
Harap2 Cik Yah kita boleh aturkan lagi kelas memasak bersama Keiko san ni, mungkin menu kedua boleh buat cara nak masak tempura+udon plak.
Tunggu dan lihat jer .......
No comments:
Post a Comment