Tuesday, January 13, 2009

Seijinshiki

Pada tarikh 12/1/2009 pihak Balai Raya Uchihama telah mengadakan sambutan seijinshiki. Seijinshiki ialah majlis meraikan mereka yang berumur 20 tahun (menjadi dewasa). Pada hari tu mereka akan diraikan iaitu dengan dipakaikan baju kimono dan makan beramai-ramai.
Tahun ini seramai 5 orang pelajar Malaysia yg terlibat iaitu Farhan, fahmi, Afham, Atiqah dan Diana diaraikan. Sebenarnya upacara ini dibuat khusus untuk pelajar-pelajar Malaysia yg berada di Fukuoka sahaja. Untuk pengetahuan, pada 12/1/2009 merupakan cuti umum sempena seijin no hi. Ianya jatuh pada hari isnin minggu kedua bulan Januari.
Gambar atas tu adalah upacara pembukaan oleh Pengerusi Persatuan Uchihama-Ipoh, iaitu Tono-san.

Mendengan kata-kata aluan dari pengerusi, faham ker?

Upacara makan pun bermula.


Makan, jangan tak makan. Macam "terer" ja pakai "ohashi"


Ada jugak menari-menari...ingatkan menari lagu dondang sayang ker, zapin ker....
Kalau perasan kat belakang tu siap dihias dengan wau bulan tu.......

Gambar kenangan di Balai Raya Uchihama.



1 comment:

Anonymous said...

slm perkenalan
join la KyuMa
http://www.kyuma.stepinoita.com/

ooh best ada seijinshiki.. melayu pon bulih sertai ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...