Pd tahun lepas 30 Dis 2009, kami sekeluarga berkunjung ke rumah mak mertua Keiko san kat Lizuka. Setelah Keiko san mempelawa kami ke sana utk merasai pengalaman membuat "omochi". Sebenarnya "omochi" ini merupakan sejenis makanan traditional orang Jepun dan aktiviti ini masih lagi dibuat hingga sekarang terutamanya sekitar bulan Disember.
Pd awalnya..... beras pulut dikukus.......
Pd awalnya..... beras pulut dikukus.......
Kemudian ditumbuk sehingga lembut.
Macam anak dara pulak si Keiko san ni tumbuk.
Lepas tu kami la pulak nak tunjuk bakat menumbuk....
Bersungguh2 nampaknya aku menumbuk...
Giliran Cik Yah kita pulak tunjuk bakat.
Ni pulak sesi pasangan bercinta pulak menumbuk...
Ni la mak mertua Keiko san....
Omochi yg dah siap .....tunggu nak melahap je.
Padahal boleh dikatakan selalu jugak kami beli benda ni.
Lazat hingga menjilat kaki nampak.....
Lumba siapa makan cepat.....
Nasi minyak & spageti goreng import khas dari Malaysia.
Ini bapak Hasami san (pak mertua Keiko san), seorang petani moden, tanah 7 hektar diusahakan bersama abangnya. Kagum aku tengok bapak dia ni.......siap ada kilang proses padi, mesin bajak, mesin tanam, mesin menuai padi dll semuanya ada. Dia jual 5 kilo beras = 3500 yen (beras gred tinggi baja organik). Merasa jugak le...kami beras sekampit.
Rasanya inilah rumah Jepun yg paling besar penah aku masuk....
Ada 6 bilik siap sekali dgn ruang "Japanese Room".
Bilik air dah macam hotel, siap bleh tgk tv sambil berendam.
Harap2 kami dapat datang lagi pd musim menuai akan datang.....mana tau dapat "test drive" mesin tuai pulak.
No comments:
Post a Comment