Friday, January 1, 2010

Trip to Tenzan 2009

Konvoi kali pertama ke Tenzan bersama 3 keluarga lain (Sheikh, Leh dan Azli sekeluarga) memenuhi aktiviti musim sejuk kali ini. Tenzan yg merupakan kawasan aktiviti bermain ski adalah antara tempat yg terkenal di sebelah pulau Kyushu Jepun ini. Ia dibuka antara bulan November hingga Mac.
Macam tau-tau kami nak pi main salji, salji turun bukan main lagi kat umah kami ni.
Ni kawasan "pit stop" kami yg pertama, tempat sebelum nak masuk terowong Mitsuse.
Pd awalnya salji banyak turun sampai kereta nak naik pun sangkut, jadi kami pun singgah jap main2 kat sini sambil bincang2 nak teruskan ke tidak.

Kalau tak jadi pergi sbb cuaca buruk.....main kat sini pun jadi ler.


Aku tak tahan main lama2, 10 minit pun dah kebas kaki........
macam mane le anak2 aku boleh tahan main lama2.

Si Syaza ni siap nak panjat bukit lagi ni.



Ni sorang lagi....kalau biarkan.....pokok pun nak panjat.

Semua setuju nak teruskan perjalanan....."pit stop" kedua.... singgah sat R & R Mitsuse.
Buang apa2 yg patut.

Kalau berguling ni mau jadi cerita hindustan.

Akhirnya kami sampai jua.

Nampak kat atas tu.....tapi bukan kami main kat situ......
Orang amatur main kat tepi jer, pro tahap gaban jer main kat sana.


Ni jer la yg layak kami main.......yoiii dongggg.


Budak2 pun tak teruja macam aku ni.



Kalau "excident" ni mau bergolek sampai bawah ni.

Jom Syaza.....mo ikkai.

Segan plak nak tunjuk skil.....


Tapi skil "posing" je yg aku terer.


Berjaya jugak trip kali ini.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...