Friday, August 14, 2009

African Safari @ Oita

Cuti Obon (13/8/2009), aku sekeluarga ke African Safari di Oita bersama keluarga Nura. Bertolak pd pukul 7.50 pg dan sampai pd pukul 10.20 pg. Utk pengetahuan African Safari ni merupakan "Kyushu Natural Zoological Park" dan merupakan antara salah satu taman safari yg terbesar di Jepun. Yg menariknya kat sini kita boleh tgk haiwan dilepas bebas dan kita berpeluang melihat ekosistem meraka secara dekat menggunakan kenderaan.

Kenangan bergambar bersama gajah gergasi......
Ade ke gajah sebesar ni.......


Para pelawat dibenarkan meninjau haiwan liar menggunakan kenderaan sendiri......
tapi bagi kami..... nak cuba merasai pengalaman memberi makanan kpd haiwan liar ni menggunakan bas khas. Bukan apa takut nanti, kalau gajah naik angin terbalik kereta kami dibuatnye.


Tunggu jap tu Iwani
Bas kita tak sampai lagi ni........
Sekali tgk dah macam trak "black maria" la.......

Iwani & bas gajah

Selambe jer Syaza tgk singa tu.....
Dia ingat singa tu macam kucing ker.....

Singa-singa kat sini dah macam tau-tau dah....
kalau bas macam ni datang....maknenye rezeki datang bergolek .

Sampai berdiri tu.....Itu dah macam lapar tahap gaban.

Hai cik rusa...
sila le makanan.....

Sekumpulan haiwan tgh lepak meragut rumput.


Tingginye la cik kirin ni......
Macam mana nak makan ni....tunduk-tunduk.......

Bergambar...berlatar belakang istana lama kurun ke 18.


Tak dapat bergambar dgn yg betul punye......yg ni pun jadi ler.

Ni pulak kat kaw. haiwan jinak spt kuda padi, kambing, kanggaro dll.

Syaza terpegun tgk kanggaro.


Jangan ingat kat atas bumbung tu tak ade apa2.....
Kat situ le rumah kambing gurun.


"Posing" sopan dari cik kuda belang.
Apa-apa pun tempat yg berbaloi utk pegi melawat bersama keluarga.
Pengalaman yg tidak dapat dilupakan buat kami sekeluarga.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...