Saturday, August 29, 2009

Kelas Berenang

Pada rabu yg lepas, ibu ngan kawan baiknye, Keiko san pergi ke kolam renang. Bukan diorang nak berenang sebaliknya pergi utk melihat kemajuan Iwani dan Emma dlm pelajaran renang. Kelas renang ini merupakan salah satu aktiviti hoikuen yg diadakan sebulan 3 kali.
Selama ini dok dengar aje Iwani bercerita yg dia dah pandai. Pandai tahan nafas dalam air jer.....nak pandai berenang tu .......lambat lagi kot.

Kelas utk budak2 kecik macam ni dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kump satu mereka yg dah biasa bila air terpercik kat muka dan satu lagi bila air kena muka....asyik sapu2 muka je. Iwani....dlm kump kedua .......ni kena berlatih dlm "bath tub" kat rumah ni.

1..2..3 terjun!

Seronok berenang nampaknye.....
Agak2 berapa byk le air yg Iwani dah telan hari tu....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...