Cuti "Golden Week" tiga hari (Isnin, selasa dan rabu) memang sesuai makan angin kat tempat2 menarik. Tapi kali ni kami sekeluarga tak rancang nak kemana2, melainkan menghabiskan masa berjalan di kawasan berdekatan. Bagi orang2 Jepun...masa ni la diorang ambil peluang melawat saudara mara dan tempat2 menarik.
Aku ingatkan masa cuti panjang macam ni seronok ler nak jalan ke tempat menarik sekitar Fukuoka ni....."ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan pula ditgh hari". Kalau rasa nak bawak anak2 main kat theme park ke...zoo ker dll...ni bukan masanya......
Plan kami pada awalnya nak le melawat zoo (sempena kodomo no hi) kat Romponmatsu.....tapi misi kami tak berjaya sebab tak ada tempat nak letak kereta Mr. Bean tu. Ini dah jadi perkara wajib dah pada musim2 cam ni, orang punya le ramai entah dtg dari mana le aku pun tak tau.
Tawaf punya tawaf cari parking akhirnya kami pun parking kat JUSCO kashiihama (dekat rumah je...). Cari pot kat tepi laut....bukak bekal dan layan anak2 posing.
.
.
Kalau nak travel jauh2 tu aku rasa mesti sangkut kat highway sebab jalan sesak. Silap2 mau ada 1 jam sangkut atas jalan. Kalau nak main kat theme park pulak.... aku rasa buang masa ja.......yg nak main tu tak sampai 5 minit, tapi yg nak tunggu tu mau berjanggut. Anak2 plak dah berguling2 tak sabar nak main.
.
.
Jadi kesimpulan nya jangan le berangan nak gi tempat2 best waktu cuti2 cam ni.....lebih elok pi shopping complex JUSCO ke Yamada ke dll. Atau yg paling best lagi buat le aktiviti kat rumah ngan anak2. Buat ler bengkang ker....muruku ker......pastu makan sambil tgk tv ramai2.
4 comments:
oooo.... kutuk aku ekkkkk!!! jgn memain... muruku 2 dh abish dh.. sedapppp ooo.. HAHAHA...
Hahaha..Mana ade kutuk.. gurau aje..Lain kali buat le lebih2.. JUAL.. 2 bungkus singgit
hehe, nasib baik kami ber2 dating kat umah ja (padahal mak buyung demam sebab tu takleh nak p berjalan2).
Salam. Perghhhhh...meriah betul, jealous aku tengok. Ultraman Max ada tak kat sana tak?...mana tau boleh tgk live...salam sahabat dari aku & famili - Yazid, Norli & Suffia
Post a Comment