Sunday, November 16, 2008

Persembahan Koir

Pada 15/11/2008 kami sekeluarga ke Kowa Hoikuen utk melihat persembahan Koir yang melibatkan 5 buah hoikuen di sekitar Fukuoka. Acara ini merupakan acara tahunan dan kali ini merupakan kali yg ke 18 ianya diadakan, Shirohama hoikuen (sekolah Alya la tu) turut terlibat. Acara bermula pada pukul 10 pg dan tamat pada pukul 12 tgh.

Wanie tak sabar menunggu persembahan kakaknya.

Persembahan dari Shirohama hoikuen.
Menyampaikan 2 buah lagu diiringi petikan piano dari sensei.


Persembahan koir diketuai oleh sensei.
Cun dan single lagi tu.

5 buah hoikuen mengambil bahagian dalam persembahan koir ni.
Yg baju biru tu bekas murid Kowa hoikuen.


Ni kira macam pertunjukkan kemahiran mendengar nota muzik. Sensei mainkan piano (3 ke 4 bit) lepas tu budak-budak ni tulis le nota muzik kat kertas.
Kebanyakkan mereka memang "terer".
Hampir semua betul, kagum aku tengok.

Syaza pun terpegun tengok....

Persembahan pun dah habih.....apa lagi gerak la....

Berdiri diatas tempat "conductor" persembahan.

Bergambar kenangan bersama sensei Alya.

Cuba cari mana Alya.

Persembahan pun dah habih.... sementara nak balik tu budak-budak ni main dulu.

Bergambar bersama kirin.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...