Sunday, November 9, 2008

Hari Kebudayaan

Sempena Hari Kebudayaan, Persatuan Fukuoka-Ipoh, mengadakan pertunjukan Hari Kebudayaan. Ia diadakan di Nishi-Shimin Centre, di kawasan Meinohama, 3 min jalan kaki dari Stesen Keretapi Meinohama. Kami dijemput datang pada pukul 12.30 tgh hari dan pertunjukkan "live band" dari pelajar Malaysia (budak undergrad) pula bermula pd pukul 2 ptg. Orang Jepun begitu mesra dan memberi layanan yg begitu baik kepada pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Sebenarnya Bandar Fukuoka dan Bandar Ipoh adalah dua bandar kembar "Twin City" yang mana kedua-dua bandar ini berkongsi dari segi kebudayaan bermula sejak March 1989 lagi.

Utk pengetahuan korang ada 2 taman Jepun di Bandar Ipoh. Satu di Taman D.R. Seenivasagam dan satu lagi di Jalan Tambun. Apa yg kita tgk kat taman Jepun disini seperti kolam, jambatan pokok bonsai dll, memang sama ngan di Ipoh tu, cumanya ada pokok-pokok yg sesuai hidup kat cuaca Malaysia la.


Macam tgk wayang la pulak.....kata wanie


Persembahan dari pelajar Malaysia.
Dua lagu didendangkan iaitu lagu Masihkah Kau Ingat dan Bernafas dalam Lumpur


Persembahan dari budak-budak sekolah sekitar Meinohama.

Persembahan dari mak, bapak, datuk dan nenek budak pun ada jugak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...