Festival Belon Antarabangsa Saga 2008 berlangsung dari 30 hb Oktober 2008 hingga 3 hb November 2008. Acara ini merupakan acara yg terbesar di Asia, berlangsung setiap tahun dan menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara. Acara ini bertempat di Negeri Saga dan di sawah padi yg bersebelahan dengan Sungai Kase. Acara ini memang sesuai dijalankan pada waktu ini memandangkan aktiviti penuaian pada sudah pun berakhir dan cuaca dingin dari musim luruh ditambah lagi cuti pada hari isnin 3 hb November 2008.
Jadi sempena 3 hari cuti ini, keluarga aku, Pak Sheikh, Leh dan Sohiful pun rancang buat "Trip" ke Saga. Perjalanan bermula pada pukul 8.00 pg dan sampai pada pukul 10.00 pg. Jarak perjalanan hanya 60 km saja, masa agak panjang disebabkan kesesakan dalam 2 km berhampiran tapak karnival dan ditambah pula berjalan kaki sejauh 2 km dari tempat letak kereta.

6.45 malam (dah malam dah, pukul 5.30 ptg dah maghrib) kami bertolak pulang dan sampai rumah lebih kurang pukul 9 mlm.
No comments:
Post a Comment