Sunday, October 5, 2008

Sambutan Hari Raya 2008: Malaysia-Fukuoka


Hari Raya 2008 pertama kami di perantauan bersama student Malaysia Fukuoka. Majlis bermula pada pukul 11.00 pg dan tamat pada pukul 3.30 ptg. Semua warga Malaysia di Fukuoka ini tidak ketinggalan datang meraikan majlis ini. Dengan adanya majlis ini dapat la kami beramah mesra dan paling penting tu sedikit sebanyak dapat la rasa suasana Hari Raya. Bagi memeriahkan lagi suasana majlis, pelbagai juadah telah disediakan.

Abg Nuri (tengah). Ikut isteri dia datang kerja kat Jepun ni.
Isteri dia kerja kat United Nation (UN)

Bagi memeriahkan suasana raya, budak-budak pun dapat duit raya.
Duit jepun 500 yen = RM 15
Banyak tu.... budak-budak tak leh pegang duit banyak....
mai sini ayah simpan.

Seronok nampak dapat duit raya. Kalau kat Malaysia, budak-budak ni dah pi kutip duit raya dah kat sedara & jiran kampung.

Antara menu juadah Hari Raya, Ketupat pun ada.... sapa la buat ketupat kat sini....
.......ketupat express tu...

Dodol..... pun ada....
Boleh kata macam-macam ada la.....





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...