Wednesday, October 8, 2008

Hari Raya Rumah Sensei: Sofiah

Pada 6/10/2008 Cik Yah kita dan rakan-rakan sekelas nihongo pi la beraya kat rumah sensei (Nakai-sensei). Rumah tu kat kawasan Mr. Max. Kira jenuh benar la sensei ni dok ajak makan kat rumah dia. Bab-bab makan ni, kita susah skit, kot-kot la ada benda yg haram dimakan.
Jadi Cik Yah dan rakan-rakan ni telah meletakkan syarat yg ketat bagi penyediaan makanan. Tiada benda-benda yg tidak halal wujud di atas meja makan.
Sensei kata daijobu...muzukashikunai.......

Sensei ni, bahasa inggeris dia hancur...... jadi nihongo la kena cakap.

Ibu Sari & Salman-kun

Rakan-rakan dari Mesir..

Nasi Jepun....lupa plak namanya.
Menurut sensei .....nasi merah ni dimakan masa meraikan sesuatu saja.

Tempura "seafood"

Keledek "fresh" dari ladang suami sensei....


Ni la rumah sensei...... besar, cantik dan berkilat..dibuat dari kayu.
Rumah macam ni kat Jepun dikira orang kaya la ni....

Ada dua tingkat rumah ni...
Bawah: ruang makan, rehat, dan dapur.
Atas: 3 bilik tidur.

Boleh dikatakan semua perabut dibuat daripada kayu.


Ni gambar-gambar dia beli masa dia pegi melancong. Bali, Singapore, New Zealand dia dah pi dah, nanti Malaysia pulak.
Kuat jalan ni.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...