Monday, October 13, 2008

Apple Picking: Kurume



Seperti yg telah dirancang, trip ke Kurume kali ni bukan lagi tiga keluarga, tetapi 4 keluarga iaitu Leh sekeluarga. Trip bermula 9.30 pagi dan sampai ke Ladang Epal pada pukul 11.00 pagi. Jarak lebih kurang 50 km. Sebenarnya musin epal ni berada dipenghujung musim. Orang kata dah nak tutup kedai dah.
Cuaca kali ni begitu memberangsangkan. Panas dan dingin .....dah masuk musim luruh.

Di ladang ni ada dua jenis epal: Buah epal merah besar dan kecil.

Yg ni epal kecik.

Kami ingat pokok epal kat sini macam kat dalam tv selalu tunjuk pokok epal rendang & besar, tapi kat sini kecik..... mungkin dah kacuk..... dah jadi rendah. Senang orang datang petik, kalau besar tu jenuh nak panjat tangga pulak.

Wanie: Tersengih .......

Alya: Senyum la skit.... macam tak seronok ja... kat Malaysia tak boleh petik macam ni. Petik kat kedai boleh la.

Pokok epal merah kecil: Buah sebesar penumbuk syaza ja. Ni kira first time aku tengok buah epal kecik comel ni.

Syaza: kalau boleh nak petik semua.

Cik Yah: Tersenyum riang....

Ni lah hasil tuaian hari ni......satu bakul penuh.......
acah ja tu....kalau sebakul penuh ni seminggu tak makan nasi ..... perut kembung dgn epal ja..

Biasa la pengujung musim ni, buah pun dah tak jaga....... biar serangga makan...

Buah yg telah berjaya dipetik, ditimbang dan dibeli.

Kenangan: Replika Buah Epal & Keluarga.

Sementara nak tunggu petik epal, sempat lagi bergambar kat sawah padi.
Padi dah masak duk tunggu nak tuai saja.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...