Pada 15 - 17 hb Sept 2010 lepas kami sekeluarga berkunjung ke Nagasaki. Tempat bersejarah bom atom pernah jatuh disini. Ini merupakan kunjungan kali kedua sempena menghadiri persidangan domestik "The 71st Autumn Meeting, 2010 (The Japan Society of Applied Physics)" Budak-budak bila dengar nak berjalan duduk kat hotel, gembira sakan le depa. Depa tak tau yg bapak depa glabah nak buat perbentangan kat sana. Tiga hari dua malam lebih dari cukup utk tawaf bandar Nagasaki ini. Hari pertama, kami ke "Peace Park " iaitu 5 minit dari Saint Paul Hotel.
Banyak le jugak tugu2 dan patung2 menggambarkan kesengsaraan pennangan dek bom atom ni. Berdekatan dengan "Peace Park" ni ada Muzium Bom Atom. Tempat menarik utk dilawat, tapi tahun lepas (2009) kami dah pi dah.
Lepas tu kami gerak ke Terminal Bot Nagasaki. Ia merupakan salah satu pintu masuk jalan air ke Fukuoka. Tak tau pulak berapa lama boleh sampai.
Kalau nak tau kat belakang sana ada satu bukit namanya Inasa (Inasayama).....merupakan pot terbaik utk menikmati pemandangan Bandar Nagasaki.
Heheh......cute.......
Hari kedua kami sekeluarga bergegas ke pusat jatuhnya bom atom lebih kurang 2 minit jalan kaki dari hotel kami menginap......Memang bagus hotel tu.......strategik betul.......
Kalau ikutkan semua benda yg ada kat sini dah jadi wap dah masa bom meledak.......
Mengajar orang Jepun tentang erti keamanan dan
menyedarkan orang jepun yg tok nenek depa tu memang zalim.
Lepas jer melepak kat sana, kami pun terus gerak ke Dejima dengan menaiki tram. Rasanya lebih selesa naik tram ni dan banyak tempat2 menarik berdekatan dgn perhentian tram ni.
Dejima yg dahulunya (abad ke 16-19) merupakan satu pelabuhan perdagangan orang2 Belanda berdagang. Ia merupakan pintu masuk barangan dari Asia dan Eropah. Kawasan berpulau ini dibina khusus oleh pemerintah Jepun utk mengawal pergerakan mubaligh kristian di zaman shogun. Menarik jugak fakta ni..... kira kalau shogun jumpa orang jepun mengamal ajaran kristian.......kasi potong kapara.......
Bilik pegawai2 atasan Belanda.....
Model berskala kecil bagi kompleks yg terdiri dari kuartes pekerja, pegawai serta gudang2.
Bekas tinggalan gereja.
Belum sempat penat hilang kami terus menuju ke Inasayama utk menikmati pemandangan Bandar Nagasaki waktu malam. Ketinggian sekitar 300 m mengambil masa sekitar 10 min utk sampai ke puncak dgn menaiki "Ropeway".
2 comments:
bestnya.....
gmbr bju raya tak de ke?
Post a Comment