Friday, October 8, 2010

Shanghai, China

Pertama kali menjejakan kaki di persidangan antarabangsa membuatkan lutut kanan ku menggigil........Persidangan yg bertajuk "7th International Conference on Thin Film Physics and Applications" telah diadakan pada 24 - 27 Sept 2010 yg lepas di Tongji Universiti, Shanghai , China. Kali ni memang aku bernasib baik dapat turut serta dalam persidangan ni sebab ianya dibuat 3 tahun sekali je. Turut serta juga Ikoma-san, merupakan "assistant supervisor" yg datang sebagai penceramah jemputan.

Persidangan antarabangsa kali ini dibuat pada masa berlangsungnya "Shanghai World Expo 2010". Expo kebudayaan terbesar melibatkan lebih 200 negara dan organisasi antarabangsa yg diadakan selama 6 bulan bermula dari 1 May - 31 Okt 2010. Cantik le tu...penganjur pun dah bagi tiket masuk.......

Memang besar bandaraya Shanghai ni......maju dan teratur.......
penduduk saja dah lebih 19 juta orang......Rangkaian Metro Line (subway) saja mencecah 10 line. Waktu2 puncak orang ramai penuh macam sardin dalam train.

Hari kedua persidangan, belum habih orang bersidang kami pun cabut singgah jap kat Yuyuan Garden. 20 min naik train dari Rumah Tamu Tongji Universiti .
Satu kawasan ruang perniagaan berkonsepkan tradisional cina.
Asalnya tempat ni terkenal dgn pejabat pemerintah Dinasti Ming sekitar 400 tahun yg lalu.


Pelancong punya lah ramai dari nenek tua cina hingga ke mat saleh......
macam2 warna kulit ada.....







Hari terakhir, melawat ke World Expo 2010.
Benda pertama nak tengok ialah Pavilion Malaysia yg menelan belanja RM 35 juta tu. Cantik ke dari segi luar dan dalam dia, termasuk le mesej sebenar tentang Malaysia.

Keselamatan kat sini memang tinggi.
Nak masuk je mengalahkan check in kat airport.
Habih barang2 nak kena keluarkan........sampai kertas dalam poket pun dia nak tau.

Ni dia Pavilion Malaysia berkonsepkan 1Malaysia memilih senibina Minangkabau dgn seakan2 corong asap ditengahnya. Dan juga menerapkan lukisan batik di atas bumbung.
Memang cantik ditambah dgn pencahayaan warna warni berselang seli.
Kalau tgk kat luar dah boleh dapat A, kalau kat dalam aku bagi C aje kot, sebabnye.......tiada langsung bahan2 yg menerangkan Islamnya Malaysia ini.

Pavilion dari negara China, Boleh amik gambar dari luar jer la, kalau nak masuk, kena tahan berdiri 2/3 jam.

30 min jugak le nak masuk Pavilion Malaysia.



Cangkung pun cangkung lah....


Gerak ke kawasan tepi sungai.....
Ada le jugak Pavilion berdekatan lain yg sempat masuk spt Indonesia, Brunei, & Pakistan. Tapi yg lain2 tu spt Thailand, Cambodia (Asian Pavilion) sempat tgk dari luar je. Pavilion "Europe, Afrika, North & South America" dll tu lain tahun la tengok, tu pun kalau umur panjang.

Keesokkan harinya kami bergerak pulang. saje nak test Meglev ni .....power ke tak.
Dah penah naik shinkansen, nak jugak rasa yg ni.


Dapat snap "top speed" 431 km/j.
Memang laju......

Tu dia Yahoo Dome, Fukuoka Tower.......
tu tandanya dah sampai Fukuoka.
Sayonara Shanghai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...