Saturday, June 13, 2009

Aktiviti Harian Syaza @ Shirohama Hoikuen

Minggu ni pulak (Sabtu, 13/6/2009), Shirohama Hoikuen telah mengadakan aktiviti sekolah utk budak kelas sakura. Acara yg diadakan 2 kali setahun ni, memberi peluang kpd ibu bapa utk tengok apa yg berlaku kepada anak2 mereka kat sekolah, seharian dari pagi hingga ke petang. Tapi aktiviti kali ni tak ade le sampai ke petang. Kalau tidak bengkok le tulang mak bapak nak tunggu..........Aktiviti yg bermula pd pukul 9 pg dan tamat pd pukul 11.30 pg. Budak2 ni macam biasa le....bila dah ada mak bapak duk tunggu tgk....mula ler diorang nak tunjuk macam2 ragam......menangis, nak berkepit dll semua ada.

Aktiviti pertama budak2 ni bila sampai kat sekolah......
berbaris kat padang....buat senaman pagi.

Pastu nyanyi 2/3 lagu sambil diiringi oleh petikan piano dari sensei.

Lepas ja penat nyanyi.......aktiviti seterusnya ialah おしっこ (buang air @ kencing) . Bermula dari sini ler budak2 ni belajar kencing dalam "toilet". Cukup kagum aku tengok sensei "train" diorang. Kalau kat Malaysia .......susah nak tengok "nursery" ajar budak2 buat macam ni.

Syaza & Tomodachi.

Aktiviti kerja jangan.....senang jer .......cuma tampal pelakat warna kat botol......

Mendengar cerita dari sensei. Cerita anpanman.......
Nampak macam Syaza betul2 seronok jer......
Sementara nak tunggu makanan sampai, biasanya sensei akan bercerita dulu ......

Makanan dah pun sedia......

Aktiviti terakhir sebelum balik......"Makan sampai kenyang".
Mee + Susu.



1 comment:

Unknown said...

anak hang mmg cepat adapt la...baguih2...jgn balik sini tak kenal nasik khandak sudah...heheeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...