Sunday, January 4, 2009

Kitakyushu: Museum of Natural History & Human History

Cuti seminggu sempena Tahun Baru ni kami bersama dua keluarga lain iaitu Keluarga Pak Sheikh dan Keluarga Nora ambil kesempatan melawat ke kawasan paling utara pulau Kyushu iaitu Kitakyushu. Bertolak pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.00 pagi.
Sebenarnya banyak tempat menarik kat sana tapi singgah mana yg sempat jer.
Sasaran pertama kami iaitu "Museum of Natural History & Human History" bersebelahan dengan Space World.

Gambar kenangan dihadapan Muzium.

Sebenarnya Muzium ni dibahagikan kepada dua bahagian iaitu "Natural History" Sejarah Semulajadi dan "Human History" Sejarah Manusia.

Sejarah Semulajadi berkenaan pembentukan bumi berdasarkan fakta sains, jenis-jenis batuan yg wujud termasuklah meteorit. Fosil dari haiwan purba termasuklah rangka-rangka dinasour mammoth dan haiwan purba lain. Haiwan darat dan laut zaman sekarang juga dipamerkan.

Rangka berkaki pendek tu mungkin T-Rex kot. Yg macam badak sumbu bertanduk dua tu, tak tau plak apa nama dia.

Ni pulak rangka mammoth. Tengok la dia punya gading 2 depa ada la.
Syaza: Lepaskan aku, tolong!!!! dinasour nak makan aku.
Iwani: Takpe buat dek jer....
Syaza: Kalau lompat kat belakang dinasour dari sini ok gak tu.

Apa benda kat bawah tu. Menarik gak tu.


Iwani: Opocot!!!! Bapak rimau pun ada

Ketam-ketam kat bawah tu kalau goreng pun sodap tu.

Budak yg dah letih kepenatan.

Ni pulak kat kawasan Sejarah Manusia iaitu mengenai asal manusia dari monyet (Teori Darwin). Kehidupan manusia zaman purba hinggalah kehidupan manusia zaman sekarang.

Ni rumah traditional Jepun kalau nak tau.

Lantai rumah Jepun ni kira wajib ada letak "tatami" iaitu nama tikar yg dianyam dengan jerami padi.

Ni jugak rumah traditional Jepun


Gambar-gambar sekitar muzium.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...