Tuesday, December 23, 2008

Merayau Sekitar Tenjin (Pusat Bandar Fukuoka)

Pada 23/12/2008 kami sekeluarga pi makan angin kat sekitar Tenjin. Antara tempat-tempat menarik yg kami kunjungi ialah Tenjin Chikagai (Kawasan membeli belah bawah tanah), taman dan bazar sekitar Solaria Stage.

Gambar atas ni adalah Tenjin Chikagai yg merupakan pusat membeli belah bawah tanah. Jauhnya ada la dalam 2 atau 3 km (agak-agak ja) dan jalan nya bercabang-cabang dan boleh menghubungkan ke pusat membeli belah sekitar Tenjin.

Yg menariknya kat sini ada "subway" iaitu lingkaran jalan keretapi bawah tanah.Pada waktu ni pun suasana meriah dengan sambutan hari Krismas, jadi kawasan ni pun diterangi dengan sinaran lampu "lip-lap, lip-lap la".




Penat dah berjalan ni.....
Apa pulak "plan" kita seterusnya.....
"Plan" kita seterusnya ialah lepak jap kat sini.

Agak-agak bila la Malaysia nak ada pusat membeli belah bawah tanah ni.
Tahun 2020 kot....

Toyol mana pulak kat belakang tu terlepas......

Ni pulak bazar sekitar Solaria Stage. Kira tempat ni macam Petaling Street (PS) la. Lalu kat sini rasa aman ja.....kalau kat PS tu rasa risau pun ada.


Yg paling bangga sekali, bila aku tengok "wall of fame" ni.
Ada tulisan Ipoh (Malaysia). Sebenarnya Bandar Ipoh merupakan "Bandar Kembar" dengan Bandar Fukuoka. Ada juga beberapa Bandar Kembar lain.

Ni pulak taman sekitar Solaria Stage. Tapi aku rasa paling cantik kalau pi waktu malam sebab sekarang ni banyak lampu "lip-lap" dipasang sempena Krismas.



Bergerak pulang......
Naik densha.

Budak-budak pun dah lembek....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...