Hari ni di hoikuen telah diadakan acara meraikan hari lahir bagi murid-murid yg lahir pada bulan 12. Jadi 2 org anak kami terlibat iaitu Alya (29/12/2002) dan Iwani (4/12/2004). Yg menariknya ibubapa dijemput untuk memeriahkan suasana. Acara dibuat didalam kelas masing-masing. Jadi aku pun kena hadir jugak la (utk kelas Iwani). Sofiah hadir utk kelas Alya. Dalam kelas Iwani saja ada 6 orang yg sambut pada bulan 12. Dalam kelas Alya pula ada 4 orang.Simbolik menandakan dah berusia 4 tahun.
Hati-hati...... anak Pak Arab sebelah tu semacam jer.
Bahan-bahan dari tepung gandum, air, buah donguri, pewarna dll.
No comments:
Post a Comment