Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari

Tahun ini pd tanggal 22 Julai 2009 telah berlaku fenomena alam yg dimanakan gerhana matahari. Kami yg berada di bumi Fukuoka ni dapat menyaksikan gerhana separuh berbanding di tempat2 lain di selatan Jepun seperti Okinawa yg dapat di lihat gerhana penuh. Gerhana yg bermula pd pukul 9.35 pg dan tamat pd 12.15 tgh manakala gerhana maksimum pd pukul 10.54 pg. Tapi malangnya fenomena ini tak dapat dilihat dgn jelas di Fukuoka ni disebabkan cuaca mendung.






Utk pengetahuan, gerhana matahari merupakan satu fenomena alam yg mana ianya berlaku apabila bulan berada diantara matahari dan bumi lalu menutupi cahaya matahari. Terdapat 3 jenis gerhana matahari ini berlaku. Gerhana separuh, gerhana penuh dan gerhana annular. Bagi gerhana penuh, matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan dimana bulan berada hamper dgn bumi pada orbitnya, tapi yg menariknya ialah gerhana annular iaitu bulan menutupi matahari dimana cahaya matahari selebihnya menghasilkan satu lingkaran bercahaya berbentuk cincin di sekeliling bayangan bulan yg disebut sebagai “Corona”.







Bagi mereka yg beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana

2 comments:

DyMi said...

alamak~ terlupa..terlepas nak tangkap gambar~
abg dapat tangkap??

Hafizal said...

Saya tangkap jugak...tapi tak berapa nampak sebab mendung....kalau pakai filter hitam letak kat lens tu mungkin nampak kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...