Thursday, March 5, 2009

Omochi

Pada 18/12/2008 yg lepas hoikuen budak2 ni telah mengadakan satu aktiviti membuat kuih mochi. Kuih mochi ni merupakan makanan traditional masyarakat Jepun dan ianya merupakan perayaan sempena bermulanya tahun baru. Orang Jepun sekarang ni dah tak buat sendiri dah kuih ni, sebab cara penyediaan agak leceh. Kalau nak makan tu beli ja kat kedai.
Gambar kat atas tu... cuba cari mana Syaza.

Masa aku tengok kuih ni teringat kuih abok-abok kat Penang...macam tu la sebijik. Aku rasa kat Penang ja yg ada kot. Tapi yg beza kuih mochi ni pakai beras pulut tapi abok-abok pakai tepung pulut. Inti kat dalam letak kacang merah dah sama dah dan penyediaannya banyak berbeza.

Kepal-kepal sampai jadi macam bola.


Sendiri buat sendiri makan...

Macam ni la cara nak buat kuih ni...... beras yg dikukus ditumbuk sampai hancur.


Pastu uli-uli dgn tangan sehingga membentuk bulat.
Masa ni nak letak inti kat dalam ni pun boleh gak atau biar cam tu ja.

Dah siap pastu terus dimakan begitu saja atau makan bersama sup dll.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...