Monday, September 15, 2008

Hari menghormati warga tua “Keiro no Hi”

15 September adalah Cuti Umum di Jepun bagi hari menghormati warga tua atau “Keiro no Hi" Ia diraikan setiap tahun bermula pada tahun 1966. Tiada perayaan khusus untuk meraikan cuti ini. Biasanya program kebudayaan dan sukan bagi setiap komuniti diadakan. Ada juga kanak-kanak sekolah melukis dan membuat kraftangan untuk dihadiahkan kepada datuk dan nenek mereka. Media massa pula banyak melaporkan berkenaan faedah yang diterima oleh warga tua, populasi dan warga yang tertua di Jepun.

* Jadi dah nama pun cuti umum, bulan posa pulak tu, apa lagi rehat la kat umah, main ngan anak-anak la. Nak jalan nanti penat pulak……

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...