Sunday, July 25, 2010

Trip ke Gunung Aso (Kumamoto) & Takachiho (Miyazaki)

Pada 17 dan 18 hb Julai 2010 yg lepas, kami sekeluarga bersama 5 famili yg lain telah berkunjung ke beberapa kawasan menarik di sekitar Kumamoto dan Miyazaki. Kali ini Gunung Aso dan Air terjun Takachiho menjadi agenda utama kami. Berbekalkan perjalanan 2 hari satu malam (asalnya 3 hari, 2 malam: dibatalkan atas sebab cuaca), kami mula langkah hari pertama dari Fukuoka (A) ke Gunung Aso (B) menempuh jalan "highway" dan gunung ganang.

Yg menariknya Gunung Aso ini, ia merupakan gunung berapi aktif terbesar di Jepun. Ia terdiri dari 5 gunung-gunung lain dan berketinggian 1592 meter.

Di puncak Gunung Aso.

Cuaca tak mengizinkan......berkabus.....biasanya dibawah lurah kita akan dapat lihat aktiviti gunung berapi.




Kereta comel di atas gunung......








Selepas jer puas (sebenarnye tak puas pun) bergambar kat atas Gunung, kami pun bergegas turun ke kaki gunung pula utk ke Aso Farm Land. Kawasan yg terkenal dengan pelancongan berasaskan pertanian dan penternakan.

Ramainya bala tentera.........

Macam2 ada kat sini.......




Tembikai gergasi.........
agak2 berapa kilo.......






Agak2 apa benda ni......

Ni la teratak utk disewa...........

Selesai saja di Aso Farm Land, perseta rombongan bergerak ke Motel di daerah Takachiho utk bermalam.

Pagi2 buta kami sudah terpacak di "parking" Air Terjun Takachiho ini yg jaraknya 2 km dari Motel. Kata orang kat sini merupakan tempat "hunting" kaki2 kamera yg dah tamat berguru dtg tunjuk bakat.















Distinasi kedua, kami ke "Tunnel Station" yg masih lagi di daerah Takachiho.




Asalnya tempat ini ialah terowong keretapi, tetapi akhirnya ia dijadikan tempat utk pemeraman sake.


Ni la tong2 berisi sake yg diperam........
Setelah penat bergambar , kami pun gerak pulang dan sampai ke rumah jam 7 mlm.
Harap2 pada kesempatan lain, boleh buat trip ke Miyazaki lagi. Mungkin boleh turun ke selatan dan terus ke Kagoshima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...